Lazada Malaysia

Tonton Astro Dimana Saja Dengan “Astro On-The-Go”

By  |  0 Comments
Lazada Malaysia

Kini, anda boleh menonton siaran-siaran dari Astro dimana saja. Cuba bayangkan, anda sedang menonton sebuah rancangan kegemaran anda di rumah, dan tiba-tiba rakan anda menjemput anda di rumah untuk keluar.

Namun itu semua bakal berubah kerana dengan dengan Astro On-The-Go, anda kini boleh menonton rancangan yang anda suka dimana sahaja pada bila-bila masa. Astro On-The-Go boleh ditonton melalui telefon pintar, tablet, komputer riba mahupun PC anda. Ianya adalah satu perkhidmatan inovatif yang membolehkan pelanggan mendapat akses secara serta-merta untuk menonton saluran Astro.

Astro On-The-Go akan diperkenalkan secara berperingkat melalui 3 fasa. Fasa pertama, semua pelanggan Astro boleh menikmati pra-tonton Astro On-The-Go secara percuma mulai sekarang sehingga 31 Ogos. Ia merangkumi 11 saluran TV, rancangan ulangan, dan rancangan video.

Lazada Malaysia

Apa yang lebih menarik, semua pelanggan Astro bleh menyaksikan kesemua 31 perlawanan UEFA Euro 2012 secara langsung!

Buat masa sekarang, 11 saluran Astro yang boleh ditonton melalui Astro On-The-Go ialah saluran CNN, Disney Channel, Disney Junior, One HD, Astro Awani,  Astro Xiao Tai Yang, Astro TVIQ, Astro Warna, Astro AEC, Astro Ria Plus, dan Astro Shuang Ying. Saluran-saluran lain akan diperkenalkan secepat mungkin pada masa akan datang.

Menarik bukan? Selepas ini, dimana-mana saja anda boleh menonton Astro. Tak perlu lagi risau untuk terlepas menonton rancangan kegemaran anda. Untuk maklumat lanjut dan ingin melayari perkhidmatan Astro On-The-Go, sila layari,

Astro.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>