Tips dan Cara Untuk Hilangkan Jerawat Muka

Lazada Malaysia

Keyakinan diri merupakan sesuatu yang kita perlu ada dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang muslim. Ia penting dalam usaha kita menyampaikan sesuatu mesej atau berkomunikasi. Kadangkala bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat akan merasakan bahawa keyakinan mereka kurang. Jerawat berlaku kerana pelbagai faktor. Antaranya perubahan hormon, keturunan (genetik), tekanan dan makanan.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan atau mengelak jerawat :

  • Ambil wudu’ sebelum tidur.
  • Pastikan diri berwudu’ sepanjang masa.
  • Elakkan diri daripada tekanan.
  • Pastikan anda mempunyai rehat dan tidur yang cukup.
  • Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku kerana ia akan menyebabkan jerawat menjadi bengkak, merah dan berparut (radang).
  • Berdisiplin dalam menggunakan pencuci muka dan ubat.
  • Pastikan pencuci muka anda betul-betul sesuai dengan kulit muka.
  • Pastikan tangan anda sentiasa bersih kerana jika tangan kotor (mempunyai bakteria), maka ia akan memindahkan bakteria ke muka apabila anda menyentuh muka.
  • Pastikan kain pengelap muka anda sentiasa bersih dan lembut.
  • Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
  • Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.
  • Elakkan dari membuat atau memikirkan perkara-perkara yang boleh menaikkan ghairah nafsu.
  • Pastikan muka anda benar-benar bersih selepas memakai mekap.

Sumber: ILuvIslam.com

Daripada sumber yang diambil dari wikipedia, Jerawat merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit.) Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.

Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita. Jerawat; bahasa Inggeris “Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak)pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.

Bagaimana jerawat boleh terjadi?

  • Kecederaan pada tisu utama yang disebabkan oleh bintik putih (white head) dan bintik hitam (black head). Apabila bintik-bintik putih (white heads) itu dicemari oleh kekotoran sedangkan ia berada dalam keadaan berminyak dan lembab, bintil putih tersebut akan mudah bertukar menjadi bintik hitam (black head). Bintik-bintik hitam (black heads) mengandungi sumbatan sebum (iaitu bahan berlemak yang dihasikan oleh kelenjar minyak). Pada kebiasaannya, bintik hitam sukar untuk dikeluarkan kerana ruang folikel yang kecil jika dibandingkan dengan saiz bintik hitam yang besar. Apabila kandungan sebum dibawah/dalam ruang folikel itu bertambah maka ruang folikel itu akan terhakis dari dalam dan membesar, maka ia akan menyebabkan kecedaraan pada kulit lalu menyebabkan nanah dalaman dan akhirnya terbentuklah jerawat.
  • Selain itu, masalah jerawat juga terjadi akibat pertumbuhan bacteria Propionibacterium acnes yang mengisi ruang-ruang folikel rambut yang terbuka dan mudah terdedah kepada kekotoran selain ia mudah terdedah kepada kelembapan dan pengoksidaan luaran.
  • Biasanya, masalah jerawat hanya diketogorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah lesi (jumlah bintil merah/nanah putih yang tercela) kurang dari 30.
  • Manakala jumlah lesi dari 30 hingga 125 akan dikategorikan sebagai masalah jerawat ‘sederhana’. Dan apabila jumlah lesi telah melebihi 125, maka masalah jerawat itu akan dikategorikan sebagai ‘kronik’.
  • Jerawat biasanya menyerang remaja yang berusia antara 14 hingga 19 tahun kerana pada waktu itu berlakunya suatu bentuk perubahan hormone yang agak agresif.

Jenis-jenis jerawat yang biasa berlaku:

  • Jerawat Ringan; biasanya mempunyai sedikit bintik hitam dan jerawat. Masalah jerawat ini hanya dikategorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah lesi(jumlah bintil merah/nanah putih yang tercela) kurang dari 30. Kurangnya warna kemerah-merahan pada kulit akibat jerawat.
  • Jerawat Sederhana; Pada kebiasaannya pesakit akan mengalami banyak bintilan jeragat (black heads) dan jerawat yang berwarna hitam dan merah pada bahagian wajah/muka, dada dan belakang badan.
  • Jerawat Kronik; Pesakit akan mengalami banyak nodul besar yang berwarna merah dan terasa sakit dan berdenyut pada bahagian muka, dada, belakang badan dan anggota tubuh yang lain. Keradangan kulit akan berlaku jika kelenjar minyak mengelurkan kuantiti minyak dan sebum secara berlebihan dan menyebabkan kelenjar minyak tersumbat. Apabila ini berlaku, maka Whiteheads akan muncul dengan banyaknya sambil merancakkan pertumbuah jerawat yang amat ketara. Jika masalah itu berlarutan tanpa diselesaikan maka akan wujudnya interaksi antara jeragat, jerawat dan minyak yang boleh menyebabkan parut kekal dan kawah kulit yang besar serta luka bernanah. Selain itu, bintik hitam (blackhead) yang banyak pula akan wujud dan berinteraksi dengan bacteria jerawat.

Punca Berlakunya masalah jerawat:

Lazada Malaysia

Terdapat laporan yang menunjukkan bahawa masalah jerawat kerap berlaku dalam kalangan remaja. Semasa proses kematangan berlaku, kelenjar-kelenjar minyak menjadi aktif kerana penghasilan sebum akibat perubahan hormon. Kegagalan folikel pilosebaceous untuk berfungsi dengan baik ketika perubahan hormone dalam tempoh masa remaja akan menyebabkan jerawat tumbuh. Hormon yang dimaksudkan adalah hormone testeron.

Hormon testeron biasanya akan ditukarkan kepada dihidrotesteron di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolic fizikal. Individu yang mempunyai kulit sensitif akan mengalami masalah penghasilan sebum yang berlebihan ataupun mengalami kekeringan kulit yang agak ketara. Fungsi sebum adalah untuk menjadi pelincir bagi membuatkan kulit lebih gebu dan lembut, lapisan pelindung kepada rambut dan kulit supaya tidak mengalami kekeringan ekstrem dan bagi mengekal kehidratan (kelembapan) kulit dan rambut. Kelenjar minyak sebenarnya mengandungi sejenis kuman iaitu propionibactium acnes. Kuman ini mampu mengubah sebum berlebihan kepada asid lemak yang akhirnya menyebabkan jerawat dan keradangan kulit.

Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan, ketidakkeseimbangan horman tubuh dan salah penjagaan kulit). Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.

Tips untuk mengelakkan dari pembentukan jerawat:

Pembentukan jerawat yang sedikit dan normal adalah perkara biasa bagi seseorang remaja, namun begitu langkah menghindarinya dapat dilakukan bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit, maka amalan penjagaan kebersihan diri dan wajah perlu dilakukan, diantara-syor-syor penjagaan wajah yang disyorkan untuk dilakukan adalah seperti:

  • Lakukan pencucian muka dua kali sehari dengan jenis sabun pencuci muka yang bertektur lembut dan membersih secara mendalam. Jika boleh pilihlah jenis sabun pencuci muka yang tidak terlalu mengeringkan dan boleh menghidratkan kulit. Namun begitu pencucian kulit tanpa sabun pencuci juga boleh dilakukan sebanyak 5 kali sehari ataupun lebih sebagai pilihan lain dan tambahan kepada cucian muka dengan menggunakan sabun pencuci muka. Tetapi perlu diingatkan disini, bahawa mencuci kulit dengan kuat dan menggosoknya dengan kuat untuk menghilangkan minyak, kekotoran dan sel-sel mati pada kulit bukanlah suatu yang baik pada kulit malah perbuatan tersebut dapat menyebabkan keradangan kulit dan jerawat akan menjadi lebih teruk. Sebaliknya gunakan cara urutan ringan dan gosoklah kulit dengan lembut.
  • Penggunaan pencuci wajah juga adalah digalakkan namun penggunaannya mestilah sesuai dengan kulit. Penggunaan pencuci wajah adalah bertujuan untuk membuang lebihan sebum yang tersumbat dalam liang Pori, selain membuang bintik hitam dan bintik putih serta sel kulit mati. Namun perlu ditegaskan bahawa anda hanya perlu menggunakan skrub wajah 1 hingga 2 kali seminggu sahaja atau 1 dalam masa 2 minggu bagi mereka yang kurang terdedah dengan aktiviti luar dan pancaran cahaya matahari. Penggunaan pencuci wajah yang lebih dari kadar yang disyorkan adalah amat merbahaya pada kulit khususnya pada kulit sensitive. Sila gunakan pencuci wajah yang mempunyai butiran yang tidak kasar malah lembut pada kulit.
  • Mencuci kulit dengan pencuci wajah ataupun sabun pencuci kulit sebenarnya pasti akan mengeringkan kulit walaupun anda mencuci kulit dengan ringan dan menggunakan sabun dengan sedikit. Oleh kerana demikian anda samaada lelaki ataupun perempuan adalah digalakkan untuk menggunakan pelembab atau penyegar kulit selepas anda mencuci kulit anda dengan sabun pencuci, ini adalah penting bagi mengekalkan kelembapan kulit dan pH kulit pada kadar yang seimbang.
  • Anda juga adalah dilarang untuk memicit kulit anda yang mempunyai jerawat ataupun sebarang bintik, nodul ataupun sebarang pertumbuhan baru yang tidak diperlukan pada kulit anda. Sebaliknya jumpalah pakar kulit yang bertauliah atau pakar dermatogi di klinik dan hospital pakar untuk menyelesaikan perkara tersebut. Memicit kulit yang mempunyai jerawat bukan sahaja tidak elok pada kulit tetapi akan memburukkan lagi keadaan kulit anda sekiranya berlaku jangkitan!
  • Sebanyak mana yang boleh, anda mestilah mengelakkan kulit muka anda daripada terkena cahaya matahari secara berterusan. Kulit akan mudah menjadi kering jika anda terkena cahaya matahari secara berterusan. Walaupun anda terdedah dengan cahaya matahari pada kadar yang sedikit. Pancaran Sinar UV (Ultraviolet) yang sedikit yang terkena pada kulit anda sudah cukup untuk menyerap masuk kedalam sel kulit dalam anda dengan mudah serta merosakkan struktur protein dan DNA kulit anda. Perkara ini tentunya tidak baik pada kulit kerana ia mungkin juga mampu menyebabkan kanser kulit. Bagi mencegah dari masalah terkena pancaran matahari yang agresif ini, anda disyorkan untuk memakai pelembab kulit yang mempunyai pelindung sinaran UV samada dari jenis (SPF 10, SPF 15, SPF 25, SPF 50 dan sebagainya), perkara ini penting bagi mengurangi kesan kegelapan yang mungkin timbul akibat pembentukan melanin oleh sel melanosit dan peyerapan UV-B ke dalam sel basal melanogenesis yang mungkin menyebabkan kerosakan kepada DNA yang akhirnya boleh membawa kepada penyakit kanser. Pemakain pelembab dan pelindung UV perlu dipakai setiap kali selepas mencuci muka, ketika berada di dalam bilik/kawasan berhawa dingin (suhu yang sejuk dan berhawa dingin mampu mengeringkan kulit dengan cepat) atau ketika ingin melakukan aktiviti luar yang akan menyebabkan anda terdedah kepada sinaran matahari terik. Anda juga amat disarankan untuk sentiasa menutup wajah anda dengan kain ketika melakukan aktiviti luar bagi mengurangi kesan pancaran UV, pencemaran dan habuk di persekitaran.
  • Janganlah selalu menukar produk pembersihan wajah dan kecantikan wajah secara kerap kerana ia mungkin menyebabkan keradangan dan alahan pada kulit anda.

Sumber: Wikipedia

Author Description

One Response to “Tips dan Cara Untuk Hilangkan Jerawat Muka”

  1. 25/07/2013

    Saiful Azri SNE Reply

    menarik tips awk ni… saya baru jumpa cara hilangkan jerawat dengan tomato. Lagi jimat. Caranya kat sini http://rawatan.net/rawatan-kulit-muka-dengan-tomato/

Leave a Reply

Your email address will not be published.