Tanda-tanda Seorang Perempuan itu Meminati Anda

By  |  2 Comments

1)”Dia Tidak Senang Duduk”
Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya. Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil kerana ‘pintu’nya telah terbuka untuk anda. Biasanya tanda-tanda awal ini ditunjukkan dengan berjalan mundar-mandir di belakang anda atau tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling manja. Walaupun dia sekadar mengatakan ‘Maaf!’, itu adalah petanda yang perlu diberi tindakan segera.

2) “Tunjuk Minat”
Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah, dia masih memberi komen membina. Setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas lagi jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara. Jika anda kurang yakin dengan maksud tersirat yang cuba disampaikan, dapatkan pandangan rakan yang ada bersama anda.

3) “Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya”
Bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya: ‘Ini aku punya’, dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Jadi pastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia cemburu.

4) “Dia Men’jual’ Dirinya”
Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki.

5) “Bersikap Terbuka”
Biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda barulah segalanya akan diceritakan. Anggaplah ia sebagai petunjuk utama tentang keinginannya, terutama jika perihal jenama pakaian dalamnya juga turut diceritakan.WOW!

6) “Membayangi Anda”
Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti bayang-bayang anda. Ke mana sahaja anda pergi, pasti dia akan mengikuti anda. Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya sedang lemas dengan keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk menunjukkan kemahuannya agar tidak ‘lemas’ lagi.

7) “Anda Diajak Ke Tempat Lain…”
Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi bersama anda. Mungkin untuk berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaanya terhadap anda. Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya. Anda menjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya.

2 Comments

  1. jue

    18/04/2013 at 1:45 AM

    yke?? mcm tak sama a.k.a pelik je..stahu aq wnita nie pmalu orgny..mustahil bgtu brani langgar2 bahu, tak sengaja konon atau lain2 tu..biasany tanda2 ppuan suka kat seseorg llaki tu, biasany,

    1 – kalo bdepan atau tserempak dengan llaki tu dia akn malu..segan2..control pcakapan..cuba nak tarik phatian c jejaka mlalui suara atau bahasa tbuh dsbgny..
    2 – ppuan tu biasany dia akn tunjukkn dri dia mminati c jejaka mlalui pandangan mata..kalo btentang mata scara x sgaja, dia pasti akan trus mnoleh ke tpt lain sambil tersenyum..
    3 – slalu bcakap atau bcerita mgenai llaki tu..
    4 – stiasa berusaha utk bjumpa dgn c jejaka tu sama ada dr ptolgn kwn2, scara x sgaja atau scara senyap2..snyp2 maksudny kira mgintai dr jauh la..
    5 – stiasa ingin mgetahui pkembgn mgenai llaki tsebut..lbh kurg ambil berat la..dah nama sukakn, so mmg teringin nak thu sgt..kot2 dah de makwe ke blm..hihi

    dan sebagainy…tu la pdpt aq yg aq dpt kongsikn..kalo rasa salah atau kurg, mhon pkongsian dr anda..

    peace yo…:)

  2. No Name

    27/08/2013 at 4:01 PM

    Manusia ni sukar dijangka tindakan nya.. kadangkala mulut kata laen, hati kata laen.. biasa lah.. manusia ada ego tersendiri.. biasanya kalo disebut pasal lelaki, andai seorang lelaki yang ego nya tinggi, bilamana girls tinggal kan dia, dia nmpak cool.. tp hakikatnya.. di rumah air mata nya mengalir hanya Allah yang tahu.. esp those peoples yg nmpak mcm heartless.. actually, diorang mcm tu sebab pernah terlebih ambil berat tp dikecewakan.. jd lah heartless.. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>