Tanda Kiamat Pertengahan

By  |  0 Comments

Tanda-Tanda Pertengahan Kehadiran Kiamat Yang Zahir Dan Berterusan

  1. Pemerintah yang jahil
  2. Sabar beramal dengan agama seperti menggenggam bara api
  3. Muncul ahli ibadat yang jahil dan pembaca al-Quran yang fasiq
  4. Berbangga dengan seni bina dan perhiasan masjid
  5. Bercakap perkara yang tercela, putus silaturahim, mengkhianatkan orang amanah dan mengamanahkan orang khianat
  6. Banyak hujan tetapi kurang tanaman, ramai pembaca al-Quran, kurang fuqaha, ramai pemerintah, kurang orang amanah
  7. Zuhud hanya sebagai cerita seronok, waraq dibuat-buat
  8. Anak marah ibu bapa (derhaka), hujan tiada hasil, orang jahat semakin ramai
  9. Orang dusta dibenarkan dan sebaliknya
  10. Dibuat baik dengan orang jauh, diabai kaum kerabat sendiri
  11. Setiap qabilah diperintah oleh orang munafik, pasar diketuai oleh orang jahat
  12. Orang beriman lebih hina daripada anak kambing
  13. Masjid semakin besar dan dihiasi, kehancuran hati manusia
  14. Homoseks dan lesbian (punca angin ahmar)
  15. Tinggi mimbar
  16. Dihancurkan bandar, dibina kawasan yang kosong
  17.  Muzik dan arak berleluasa
  18. Banyak mata-mata gelap, batu api dan pencela-pencela
  19. Perniagaan berkembang luas, saksi palsu dan ramai menulis tanpa ilmu
  20. Menghalalkan arak dengan nama Nabi, riba dengan nama jual beli, rasuah dengan nama hadiah dan zakat diperniagakan
  21. Harta negara hanya bagi kumpulan tertentu
  22. Harta amanah menjadi rebutan, zakat dianggap beban hutang dan belajar bukan kerana agama
  23.  Suami taat isteri, derhaka ibunya, rapat dengan kawan melebihi ibu bapa, bercakap hal2 dunia di dalam masjid
  24. Akhir umat melaknat umat awalnya
  25. Pemakaian selindang/selimpang, pemerintahan budak-budak, ramai perempuan, zalim pemerintah dan dikurangkan timbangan
  26. Syaitan zahir lelaki menceritakan kisah
  27. Syaitan yang diikat oleh Nabi Sulaiman di laut dilepaskan dan membaca al-Quran
  28. Bela anjing lebih baik dari bela anak. Tidak dihormati orang tua, tidak dikasihi orang kanak-kanak. Ramai anak zina. Manis mulut tetapi hati serigala
  29. Zina peringkat atasan, Pemerintahan di tangan orang jahil, ilmu di sisi orang tidak layak, bermudah-mudah di kalangan orang baik
  30. Dimatikan orang baik. Meninggikan bangunan
  31. Jawatan diberikan kepada bukan ahlinya
  32. Berpusu-pusu ahli masjid tetapi tiada mendapati imam
  33. Lalu seorang di tepi kubur meratapi dan berkata: Alangkah baiknya jika daku berada di tempatnya. Kerana bala yang banyak menimpa agamanya
  34. Dibunuh khalifah, dunia dikuasai oleh pemerintah jahat
  35. Diambil ilmu agama daripada orang-orang bawahan. Kerana orang berkemegahan sibuk dengan dunia
  36. Adik beradik berbunuhan sesama sendiri tanpa mengetahui sebab
  37.  Hakmilik diberikan kepada yang tidak sah (anjing). Dihina orang mulia, dimuliakan orang hina
  38. Ramai pembaca khutbah, ulama mengampu pemerintah, menghalalkan haram dan sebaliknya
  39. Ilmu agama dipelajari untuk wang. Al-quran dijadikan perniagaan
  40. Muncul puak yang ucapan mereka ialah laknat
  41. Dikahwini keturunan yang rendah kerana harta. Ditinggalkan keturunan yang tinggi kerana kefakiran
  42. Peminta sedekah tidak diberikan sedekah
  43. Islam menjadi asing, permusuhan di kalangan manusia, pendek umur manusia, zaman pendek, kejahilan tersebar dan ilmu hilang
  44. Kaum makan dengan lidah (puji manusia untuk habuan)
  45. Perzinaan di tengah jalan, tanpa siapa ingkar, yang paling baik ialah yang berkata: Kalaulah buat ke tepi sedikit.Dia pada hari itu seperti Abu Bakar dan Umar
  46. Cemburu atas lelaki seperti cemburu atas perempuan
  47. Susah mendapat tiga perkara: duit yang halal, ilmu yang bermanfaat dan sahabat kerana Allah
  48. Fitnah mengatakan al-Quran ialah makhluk
  49. Percaya kepada bintang (horoscope), dusta qadar
  50. Berhimpun 20 orang manusia tetapi tiada yang dihormati kerana Allah
  51. Melintas masjid tanpa solat 2 rakaat, masjid jadi laluan jalan sahaja
  52. Bersetubuh dengan isteri di dubur
  53. Pemerintah wanita
  54. Memberi salam hanya kepada orang yang kenal, orang muda mengarah orang lebih tua, berniaga tanpa keberkatan kerana banyak penipuan
  55. Orang jahat dari Sham berpindah ke Iraq dan orang baik dari Iraq berpindah ke Sham
  56. Duduk dalam majlis, takut tinggalkannya kerana akan dikutuk
  57. Agama selamat apabila lari tinggal di gunung. Jika bercampur manusia maka binasa agamanya
  58. Orang beriman (wali Allah) tersembunyi
  59. Cerita dunia dalam masjid
  60. Pemikiran hanya tertumpu pada makan, harta, wanita.
  61. Orang kaya menjadi bakhil
  62. Dibunuh ulama
  63. Kematian lebih disukai di sisi ulama daripada emas
  64. Lusuh al-Quran daripada hati manusia (tidak takutkan Allah)
  65. Rumah hancur dengan gempa bumi, binatang mati kerana guruh petir
  66. 50 orang solat, tidak diterima seorang pun (tak sah kerana tidak sempurna rukun dan syarat)
  67. Harta pusaka tidak dibahagikan
  68. Perang jihad terhenti
  69. Mati terkejut banyak berlaku
  70. Solat dimatikan, diikut syahawat, cenderung nafsu, diagungkan orang berharta. Rasulullah berkata: Ketika itu, hancur hati orang beriman kerana tidak mampu mengubahnya.

Rujukan al-Isyaah fi Asyrat al-Sa’ah

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>