Suami Lihat Isteri Dirogol Di Depan Mata

HULU LANGAT – Seorang lelaki terkejut apabila mendapati isterinya menjadi mangsa rogol seorang remaja berusia 19 tahun di butik pengantin milik mereka di Taman Rinching, Kajang dekat sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira 11.30 pagi ketika suami mangsa dikatakan baru memasuki butik pengantin tersebut selepas membuka pintu yang dikunci dari dalam oleh suspek.

Bagaimanapun, tanpa diduga suami mangsa melihat suspek sedang menindih isterinya yang dalam keadaan bogel dalam butik berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, sebelum kejadian, suspek dikatakan menyamar sebagai pelanggan untuk menempah pakaian pengantin di butik mangsa.

“Suspek kemudian bertindak mengunci pintu sebelum mengacukan pisau ke arah mangsa yang berusia 29 tahun itu.
“Mangsa yang dalam ketakutan diarahkan supaya menanggal pakaian sebelum suspek bertindak merogolnya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.

Tambahnya, suami mangsa yang berang dengan tindakan suspek tersebut kemudian bertindak menangkapnya sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Katanya, suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi kesalahan merogol.

Incoming search terms:

  • cerita isteri main depan suami
  • isteri main depan suami
  • lihat isteri main
  • rogol depan suami
  • bini main depan suami
  • main depan suami
  • kisah isteri dirogol depan suami
  • isteri main depan mata
  • kisah isteri dirogol
  • kisah isteri main depan suami

Comment With Facebook

Leave a Reply

Ads

Find us on Facebook

Ads