Scha Al-Yahya Mahu Segera Dapat Zuriat

Lazada Malaysia

http://i.imgur.com/QiZUy.jpg

KUALA LUMPUR – Pelakon wanita, Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 29, atau mesra dipanggil dengan Scha mengakui tidak sabar untuk mendapat zuriat dalam masa terdekat ini.

Scha yang telah pun bernikah dengan aktor kacak, Awal Ashaari pada tahun ini tidak segan memberitahu dia sendiri sedang berusaha untuk bergelar seorang ibu memandangkan usianya semakin meningkat.

Menerusi laporan mStar Online hari ini, Scha sudah pun mengamalkan diet pemakanan yang betul dan sihat supaya memudahkan proses kehamilan.

Malah, Scha juga sudah menjalani ujian saringan untuk mendapatkan nasihat dari doktor langkah-langkah untuk hamil.

“Terus terang cakap, saya memang teringin untuk mendapatkan zuriat. Siapa yang tak nak bukan?

Lazada Malaysia

“Sebagai seorang yang pentingkan penjagaan kesihatan, saya ada membuat beberapa ujian saringan dan menjaga pemakanan yang betul serta mengamalkan tip-tip yang disarankan doktor walaupun tidak membuat sebarang perancangan untuk dapatkan anak,” kata Scha.

Menjadi seorang artis pasti tidak akan lari dari sebarang tekanan dan masalah serta mencuba untuk mendapatkan masa rehat yang cukup.

Seperti diberitahu oleh doktor, Scha ketika ini mengelakkan dirinya berada dalam keadaan tekanan kerana tahu tekanan akan menyukarkan lagi dirinya untuk hamil.

Malah, dia juga semakin rajin untuk bersenam supaya dapat mengekalkan tubuh badan yang sihat dan cergas.

“Doktor sudah pesan, berada dalam keadaan tertekan menyukarkan kita untuk hamil. Selain itu saya turut bersenam agar diri sentiasa cergas,” katanya.

Terbaru, Scha baru kini menjadi duta kepada produk minyak wangi Avon termasuklah haruman yang terbaru iaitu City Rush.

Tugas itu diambil alih sejak dari April tahun lalu dari seorang artis wanita lain, Fazura yang menjadi jurucakap minyak wangi Avon itu.

Author Description

No Responses to “Scha Al-Yahya Mahu Segera Dapat Zuriat”

Leave a Reply

Your email address will not be published.