Ramai Isteri dahagakan Kasih Sayang

Lazada Malaysia

Kesunyian sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan golongan isteri yang berada, malah ada yang menemui saya mengeluh tidak mahukan harta kekayaan, sebaliknya ingin kasih saying dan belaian suami yang sudah tidak mereka kecapi,” kata Kaunselor Perkahwinan Berdaftar, Hushim Salleh. Beliau yang mengendali klinik Kaunseling, Hushim Motivational & Counseling Consultancy di Klang berkata, dari 30 kes masalah yang dikendalikannya dalam tempoh sebulan, dua hingga tiga kes lazimnya membabitkan isteri kaya dan menghadapi masalah rumah tangga dari kes seperti itu semakin ketara sejak 11 tahun lalu.

Lazada Malaysia

“ Mereka mengadu kekayaan ditabur tidak lagi member kebahagiaan sejati apabila suami selalu tidak pulang ke rumah dgn alasan sibuk berniaga dan meluaskan empayar perniagaan selain mula menyimpan perempuan. “itu hakikatnya yang berlaku dalam rumah tangga mereka. Ada isteri yang bijak akan mengatasi kesunyian dengan cara mencari keseronokan di luar, sama ada memebeli-belah dan berhibur dengan kelompok setaraf. “ Tidak kurang juga yang mencari teman lelaki baru sebagai menggantikan belaian suami yang hilang. Mereka ada duit berlipat ganda dan hiburan di luar rumah saja yang dapat mengatasi kesunyian itu”, katanya ketika dihubungi.

Hushim berkata, berdasarkan kes dikendalikannya, beliau mengesan berlaku peningkatan kes membabitkan isteri yang dilimpahi kekayaan dan ia semakin menonjol menjelang 2020 apabila taraf ekonomi masyarakat Melayu tempatan berubah. “Betul, Islam tidak melarang suami berkahwin lebih daripada satu, tetapi Tuhan juga mahukan suami berlaku adil kepada isteri-isteri. “Masalah begini yang kedang kala menyebabkan ada isteri golongan kaya dibelenggu tekanan perasaan. Kita boleh Nampak mereka menjadi mangsa walaupun awal perkahwinan kedua-dua slaing menyayangi,” katanya.

Author Description

No Responses to “Ramai Isteri dahagakan Kasih Sayang”

Leave a Reply

Your email address will not be published.