Raja Azmi-Eddie Bakal Sanding di Laman Santai IB!

By  |  0 Comments

Raja Azmi-Eddie Bakal Sanding di Laman Santai IB!

Murai Batu percaya mesti korang tak sabar-sabar nak tengok majlis persandingan produser filem penuh sensasi, Raja Azmi Raja Sulaiman,54, dengan basist CRK, Eddie Ghazali, 45.

Sebelum ini pasangan ini telah melangsungkan pertunangan di kediaman Raja Azmi di Ukay Perdana pada 15 JUlai lalu dan mengikut perancangan pasangan ini bakal mengadakan majlis persandingan pada 15 September 2013.

Tapi, terbaru yang Murai Batu dengar ada kemungkinan juga tarikh itu terpaksa ditukar kepada 13 Oktober 2013. Sebabnya ialah kerana majlis persandingan mereka ini akan dilakukan di laman santai Istana Budaya (IB).

Jadinya, jika mereka ingin mengadakan majlis persandingan mereka di situ, hanya tarikh 13 Oktober 2013 sahaja yang kosong dan tarikh-tarikh yang lain semuanya dah penuh.

Mahu tidak mahu, Raja Azmi terpaksa akur dan bersetuju untuk menangguhkan majlis persandingannya kepada 13 Oktober 2013. Khabarnya, pengarah Istana Budaya,Datuk Mohamed Juhari Shaarani atau Abang Jo cukup excited bila Raja Azmi memilih Laman Santai IB untuk mengadakan majlis persandingannya.

 

sumber murai

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>