Lazada Malaysia

Punca Pencerobohan Tentera Filipina Di Lahad Datu

By  |  0 Comments
Lazada Malaysia

Berikut adalah punca sebenar pencerobohan tentera Filipina Di Lahad Datu, Sabah. Ada juga yang anggap kumpulan itu adalah Abu Sayyaf. Berdasarkan laporan media rasmi, satu kumpulan ini mendakwa mahu mengembalikan semula tuntutan Filipina ke atas Sabah. Untuk info terkini, kumpulan bersenjata ala tentera itu mendakwa mereka adalah Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

Menurut laporan, kumpulan lelaki bersenjata terbabit yang menaiki beberapa bot kecil telah mendarat di Lahad Datu, Selasa lalu dan kini sedang berdepan secara ketenteraan dengan pasukan keselamatan negara.

Lazada Malaysia

Laporan mengatakan bahawa kesemua lelaki berkenaan adalah warga Filipina, namun ia belum dapat disahkan secara rasmi. Sumber berkenaan yang ditanya jika beliau pernah mendengar nama pasukan tentera seperti itu sebelum ini sebaliknya berkata, matlamat kumpulan itu adalah untuk menjadikan Sabah sebahagian daripada Kesultanan Sulu.

Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Luar di Manila berkata, mereka masih tidak dapat mengesahkan jika 100 lelaki yang kini di Malaysia memang rakyat Filipina.

Menurut jurucakap hal ehwal luar, Raul Hernandez, Filipina menjalankan siasatan sendiri dalam kejadian itu. Terdahulu, terdapat juga laporan bahawa kumpulan lelaki bersenjata berkenaan adalah ahli kumpulan Abu Sayyaf yang berpusat di Sulu. SUMBER: MELVISTER

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>