Lazada Malaysia

Proton Preve 2012 Dapat 5 Bintang MyVAP. Harga Bermula RM59,540.00 – RM72,990.00

By  |  0 Comments
Lazada Malaysia

Proton Preve Price Proton Preve 2012 Dapat 5 Bintang MyVAP. Harga Bermula RM59,540.00   RM72,990.00

Nama sebenar model baru Proton sudah pun diketahui. Proton Prevenamanya. Ada yang mempertikaikan tindakan Proton yang lebih gemar memilih nama-nama yang tidak melambangkan nilai-nilai Malaysia pada model kereta ini. Kata mereka, bukanlah lebih elok meletakkan nama seperti proton Perkasa contohnya. Ooops!!

Macam-macam ketidakpuashatian yang boleh kita perhatikan. Masing-masing ada pendapat dan ulasan mereka sendiri berdasarkan pengalaman sendiri yang kebanyakkannya melibatkan prestasi dan kualiti yang terdapat pada setiap model baru keluaran Proton. Walaubagaimanapun, apa yang bolah kami katakan semenjak keluaran Proton Persona, Proton sudah nampak ada perubahannya. Tetapi masih tidak cukup lagi.

Sehinggalah mereka sedang menunggu masa dan ketika di hari pelancaranProton Preve 2012 yang dijangka diadakan pada 16 April ini untuk membuktikan sesuatu kepada rakyat Malaysia amnya dan kepada dunia umumnya. Proton Preve ini pun asalnya dibangunkan dengan tujuan untuk menggantikan Proton Persona. Itu sebablah ada cakap-cakap mengatakan Proton P3-21A (kod nama) akan diberikan nama Proton Persona R.Tetapi…..

Tetapi selepas Proton melihat jualan Proton Persona masih lagi utuh dan juga masih lagi tinggi permintaannya, jualan model Proton Persona masih lagi diteruskan seperti biasa dengan speknya direndahkan lagi. Cuma, yang pastinya Proton Preve akan menggantikan Proton Persona dan Proton Waja di persada global.

Nama Proton Preve 2012 

  • Disebabkan Proton sebelum ini mengalami masalah kepercayaan daripada pemilik Proton sebelum ini, maka Proton cuba bangkit semula dengan model global baru mereka ini, di mana nama Proton Preve 2012 pada mulanya datang daripada perkataan “Prove”
  • Asalanya, sebutan nama Preve, ialah “preev”
  • Tetapi Proton telah menukar bentuk sebutan “preev” kepada “prae-vae” kerana mahu menampakkan lebih komersil.
Proton Preve Model Proton Preve 2012 Dapat 5 Bintang MyVAP. Harga Bermula RM59,540.00   RM72,990.00

Harga Proton Preve 2012

Kalau laporan berita sebelum ini, (Proton P3-21A: Video & Pameran Proton Power of 1 di Bukit Jalil. Harga RM62K – RM75K!!), Harga Proton Preve 2012 yang ditawarkan adalah bermula serendah RM62,000 sehinggalah ke varian premium sekitar RM75,000. Tetapi….. harga Proton Preve ini sebenarnya yang akan dijual kelak bermula dengan harga serendah RM59,540.00 sehinggalah RM72,990.00

Lazada Malaysia

1) Proton Preve 1.6 MT Executive (Transmisi Manual 5-Kelajuan)

  • RM 59,990.00 / Metallic (OTR)
  • RM 59,540.00 / Solid (OTR)

2) Proton Preve 1.6 CVT Executive (Transmisi CVT 6-Kelajuan)

  • RM 62,990.00 / Metallic (OTR)
  • RM 62,540.00 / Solid (OTR)

3) Proton Preve 1.6 CVT Premium (Transmisi CVT ProTronic 7-Kelajuan)

  • RM 72,990.00 / Metallic (OTR)
  • RM 72,540.00 / Solid (OTR)

Proton Preve 20121 Proton Preve 2012 Dapat 5 Bintang MyVAP. Harga Bermula RM59,540.00   RM72,990.00

Proton Preve 2012 Dapat 5 Bintang MyCAP

Proton Preve MyVAP Proton Preve 2012 Dapat 5 Bintang MyVAP. Harga Bermula RM59,540.00   RM72,990.00

Bilangan bintang yang diberikan oleh MIROS ((Malaysian Institute Of Road Safety Research) untuk model Proton Preve 2012 ini melambangkan tahap keselamatan yang ada pada kereta ini terutamanya apabila melihat pelanggaran di jalan raya contohnya. tahniah kami ucapkan kepada pihak Proton

Spesifikasi (Spec) Proton Preve 2012

Proton Preve 2012 diletakkan dalam segmen C untuk bersaing dengan model-model lain seperti Kia Forte, Honda Civic, Toyota Corolla Altis, Nissan Sylphy mahupun model popular Toyota Vios dan Honda City.

Antaranya spesifikasi yang ditawarkan kepada bakal pemilki model baru Proton ini ialah :

  1. 4 beg udara
  2. ‘paddle shifter’
  3. butang penghidup enjin
  4. transmisi CVT
  5. enjin lebih berkuasa
  6. sistem suspensi belakang jenis multilink
  7. teknologi ‘ride and handling’
  8. Dan lain-lain lagi…

a) Proton Preve Premium Spec

(klik gambar untuk paparan yang lebih jelas)

b) Proton Preve Executive Spec

(klik gambar untuk paparan yang lebih jelas)

P/S : Apa respon anda mula dengan Proton Preve kali ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>