Persembahan Memukau Ziana Zain Dan Azlan Typewriter Jadi Bualan Hangat

Lazada Malaysia

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 malam tadi menyaksikan ramai nama besar dalam industri hiburan tempatan bergabung mengadakan persembahan.

Antaranya Datuk Sheila Majid, Datuk M Nasir, Ziana Zain, Anuar Zain, Dayang Nurfaizah, Tam Spider, Aizat, Azlan Typewriter, Jaclyn Victor, Bob, Shi la Amzah, Black, Faizal Tahir, Ramlah Ram, Mas Idayu, Salma, Shiha, Hafiz, Adira, One Nation Emcees dan Man Kidal.

Namun yang paling mencuri tumpuan adalah persembahan ‘meremang bulu roma’ oleh dua penyanyi yang memang terkenal dengan kemampuan mereka membawa lagu bernada tinggi iaitu Ziana dan Azlan.

Kehebatan mereka berdua yang membawakan lagu Anggapanmu dan Lagu Untukmu mengundang ‘standing ovation’ dan tepukan gemuruh penonton.

Ketika latihan sehari sebelumnya, Ziana mengaku dia sendiri berdebar-debar pada mulanya apabila diminta menyanyikan lagu kumpulan berkenaan.

Sebagai persediaan, sejak seminggu lalu dia gigih menghafal melodi dan lirik lagu popular terbabit.

Lazada Malaysia

“Selama ini saya tidak pernah terfikir akan menyanyikan lagu kumpulan MUH, tapi itulah yang dikatakan kejutan serta kelainan yang sering ditonjolkan dalam acara ini.

“Alhamdulillah, selepas latihan malam ini (malam tadi) perasaan berdebar itu berjaya diatasi. Saya memang sudah tidak sabar untuk beraksi bersama Lan pada malam kemuncak nanti,” katanya yang kali akhir menjayakan ABPBH pada 2008.

Dalam pada itu, semua artis yang terbabit dalam segmen persembahan pada malam penuh gemilang itu, termasuk barisan penyanyi diiringi muzik orkestra di bawah pimpinan pengarah muzik terkemuka, Datuk Ramli MS, telah menyajikan hiburan yang meninggalkankesan amat mendalam buat penonton.

Selain barisan artis berkenaan, turut memeriahkan acara kemuncak itu ialah persembahan sketsa Ombak Rindu yang dijayakan hero pujaan ramai, Aaron Aziz, di samping Maya Karin dan Lisa Surihani.

Turut membuat persembahan pada 8 April ini ialah Datuk Siti Nurhaliza, Ezlynn, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Maria Farida, Najwa Latif, Stacy, VIP dan Watie Elite.

 

<iframe width=”480″ height=”360″ src=”http://www.youtube.com/embed/EDHkIYQMLs4?rel=0″ frameborder=”0″ allowfullscreen></iframe>

Author Description

No Responses to “Persembahan Memukau Ziana Zain Dan Azlan Typewriter Jadi Bualan Hangat”

Leave a Reply

Your email address will not be published.