Permohonan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) 2013

Lazada Malaysia

Permohonan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) sesi januari 2013. Permohonan adalah terbuka kepada semua belia Warganegara Malaysia yang berumur 18-30 tahun bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat sijil (SKM/DKM/DLKM) Tahap 1 hingga 5, Persijilan JKKP dan Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Diploma MQA di Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Konsep Latihan

http://4.bp.blogspot.com/-zKtPt7zP5hk/Tdtt7ZhZHwI/AAAAAAAAAB0/3Qprsyjck2Q/s1600/IKBN.jpg

Konsep latihan di IKBN adalah berbentuk latihan bersepadu dengan pelaksanaan pendekatannya merangkumi latihan kemahiran (teori dan praktikal), keusahawanan, ketatanegaraan, kepimpinan, keagamaan / moral, sukan/rekreasi dan khidmat masyarakat.
Bidang Pengajian

Syarat Umum

Lazada Malaysia
  • Warganegara Malaysia
  • Boleh membaca dan menulis
  • Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon
  • Berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
  • Belum berkahwin atau bujang
  • Sihat tubuh badan
  • Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
  • Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
  • Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan.
  • Pemohon yang sedang menjalani latihan di mana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya.
  • Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon.

Kemudahan

Tiket penerbangan bagi pelajar dari dan ke Sabah dan Sarawak.
Elaun bulanan RM100 – RM300 sepanjang tempoh pembelajaran.
Penginapan, makan minum dan pakaian disediakan.

Permohonan

Permohonan untuk masuk ke Institut Kemahiran Belia Negara ini boleh dibuat secara online di laman web Sistem Permohonan Kemasukan ke IKBN.

Permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 2 bulan dari tarikh semakan dianggap tidak berjaya. Pemohon yang didapati memberikan sebarang butiran palsu boleh disingkirkan dari mengikuti latihan di IKBN. Pihak Kementerian berhak memanggil calon lepasan sekolah ( Tamat tingkatan 5 untuk menghadiri proses temuduga). Tempoh kursus yang dinyatakan pada iklan kemasukan tidak termasuk tempoh latihan industri bagi kursus-kursus tertentu.

Author Description

No Responses to “Permohonan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) 2013”

Leave a Reply

Your email address will not be published.