Permohonan Biasiswa BKP & BKPU 2013 Online

Lazada Malaysia

Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) bagi Tahun 2013 akan dibuka kepada sekolah mulai 29 April 2013 ini. Permohonan ini boleh dibuat kepada murid  tingkatan 1 hingga tingkatan 5 bagi program BKP. Manakala Tingkatan 6 bagi biasiswa BKPU.

1. Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 – BKP

2. Tingkatan 6 Atas – BKPU

Semua sekolah perlu mengakses Aplikasi Pengurusan Bantuan ( ABP ) melalui alamat inihttp://biasiswa.sekolahmalaysia.com/ bagi tujuan mengemaskini maklumat akademik dan ko-kurikulum murid yang layak memohon. Pembahagian zon untuk sekolah-sekolah mengakses APB adalah seperti berikut :-

Lazada Malaysia

1. Zon A : 29 April – 05 Mei ( Sabah, Sarawak, WP Labuan, Kelantan dan Terengganu )

2. Zon B : 06 Mei – 12 Mei ( Selangor, Johor, Pahang, Melaka, WP Kuala Lumpur dan Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ) )

3. Zon C : 13 Mei – 19 Mei ( Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan )

Sehubungan itu, sila pastikan maklumat murid di dalam Aplikasi Pengurusan Data Murid ( APDM ) telah dikemaskini. Sebarang pertanyaan, sila hubungi JPN yang menyelia sekolah masing-masing ( kecuali SBP terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan).

Author Description

No Responses to “Permohonan Biasiswa BKP & BKPU 2013 Online”

Leave a Reply

Your email address will not be published.