Lazada Malaysia

Pengundi Cina Talam Dua Muka, Tak Tahu Balas Budi

By  |  0 Comments
Lazada Malaysia

Kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) disebabkan Tsunami Cina di negeri ini dengan para pengundi Cina berpura-pura menyokong BN tetapi mengundi calon parti pembangkang.

Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Noh Omar menegaskan, secara fizikalnya sokongan yang ditunjukkan kaum Cina terhadap BN dalam pelbagai program yang dianjurkan sepanjang tempoh berkempen dilihat amat baik.

“Dalam mana-mana program, kehadiran masyarakat Cina adalah di luar dugaan kami apabila mereka yang hadir sampai 10,000 orang berbanding hanya 5,000 hingga 6,000 orang yang kita jangkakan.

“Bagaimanapun, pada hari pengundian, undi yang BN dapat adalah tidak seperti apa diharapkan dan banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diramalkan menang berpihak kepada pembangkang,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Noh berkata, salah satu buktinya ialah semua saluran pengundian di kawasan majoriti pengundi Cina di Parlimen Tanjong Karang yang dimenanginya memihak kepada pembangkang dan begitu juga yang berlaku di Parlimen atau DUN lain yang dikuasai majoriti pengundi Cina.

“Padahal di Tanjong Karang, tidak ada bantuan yang kita tidak beri atau tolong masyarakat Cina. Apa lagi yang mereka mahukan?” soalnya dalam nada kesal.

Ketika ditanya sama ada faktor calon menyebabkan kekalahan BN di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, Noh menafikannya kerana ada calon yang diterima baik pimpinan BN dan jentera parti juga kalah.

Lazada Malaysia

Bagaimanapun, berdasarkan keputusan PRU-13, beliau melihat golongan muda khususnya di Parlimen Tanjong Karang sudah kembali menyokong BN dan parti tersebut masih mempunyai harapan untuk menawan Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu, katanya, satu kajian komprehensif dan post mortem akan dijalankan bagi mengenal pasti kehendak sebenar masyarakat Cina di Selangor dan faktor-faktor lain yang menyebabkan kekalahan BN.

Antara kerusi DUN dan Parlimen yang mempunyai majoriti pengundi Cina dan dimenangi calon Pakatan Rakyat ialah DUN Sekinchan, Kuala Kubu Baharu, Rawang, Teratai, Parlimen Pandan dan Parlimen Puchong.

Cubaan BN untuk merampas semula Selangor pada PRU-13 gagal apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP memenangi 44 daripada 56 kerusi DUN.

PKR memperoleh 14 kerusi, Pas dan DAP masing-masing 15 kerusi manakala BN sekadar memenangi 12 kerusi.

Bagi kerusi Parlimen, Pakatan Rakyat mendapat 17 daripada 22 kerusi Parlimen.

Pada PRU-12, BN Selangor tewas di tangan PKR, Pas dan DAP selepas memperoleh 20 daripada 56 kerusi DUN manakala bagi kerusi Parlimen, BN mendapat jumlah kerusi sama seperti PRU-13.

Sementara itu, Penganalisis Politik, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain menyifatkan masyarakat Cina yang memihak dan memberikan kemenangan kepada DAP sebagai tidak tahu untuk berterima kasih.

Tegasnya, golongan itu merupakan satu kelompok yang bijak mengatur sandiwara hanya semata-mata untuk mendapatkan sesuatu demi kepentingan diri.

“Pengundi Cina tidak tahu menilai pengorbanan yang dibuat oleh pemimpin negara kerana menganggap kerajaan pada hari ini adalah kuasa asing yang tidak perlu untuk dihargai,” tegasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>