Pakai Jubah Tetapi Nampak Garis Seluar Dalam ? Fesyen Muslimah Kah Itu ?

By  |  0 Comments

Keluar ke tempat awam. Pandang sana, pandang sini, begitu mudah sekali lelaki-lelaki Islam mendapat dosa kering melalui mata mereka. Sumber dosa kering itu bukan sahaja datang dari wanita –wanita kafir, tetapi disebabkan oleh wanita-wanita Islam sendiri yang tidak memelihara aurat dengan sempurna. Takut rasanya untuk keluar rumah. Banyak sekali sumber-sumber dosa mata. Istighfar !
Ramai wanita Islam kita di Malaysia sangat suka pada fesyen. Namun, fesyen-fesyen Muslimah yang kita lihat sekarang ini adalah lebih kepada ikutan fesyen bukannya pakaian Muslimah yang bertujuan asal. Ini adalah kerana, ramai wanita Islam di Malaysia sendiri tidak faham tujuan sebenar mereka berfesyen Muslimah. Ramai yang berpakaian Muslimah untuk cukup syarat sahaja atau demi mengejar personaliti yang cantik menawan.

Yang paling malang, wujud beberapa trend songsang pada masa kini di dalam fesyen Muslimah di Malaysia. Trend-trend songsang ini diasaskan di kalangan wanita Islam sendiri. Mereka cuba mencampur-adukkan elemen keghairahan dan keseksian ke dalam fesyen Muslimah yang sedia ada, di mana akhirnya akan menghasilkan sebuah fesyen Muslimah yang seksi dalam sopan.

1. Berbaju kurung tetapi ditempah mengikut sealak-alak badan menyebabkan terbonjol bentuk buah dada, pinggang dan bentuk punggung mereka apabila berjalan.

2. Berjubah tetapi fabrik kain yang lembut dan ditempah sealak-alak badan menyebabkan ternampak garis pakaian dalam mereka dari luar jubah.

3. Bertudung tetapi dipakai bersama T-shirt lengan pendek mendedah lengan dan sangat sendat (fit).

4. Bertudung tetapi dipakai bersama slack sendat dan jeans ketat yang diburukkan lagi oleh baju yang singkat tidak cukup menutup punggung mereka.

5. Bertudung tetapi dipakai bersama LEGGINGS yang terang dan nyata kelihatan seperti kaki yang telanjang.

Satu persoalan diajukan kepada anda semua. Di dalam Islam, bolehkah anda mencampur-adukkan dua konsep fesyen yang nyata bercanggah dengan niat menjadikannya fesyen yang halal ? Yang dimaksudkan di sini adalah trend wanita Islam Malaysia terkini yang tidak malu memadankan pakaian Muslimah (tudung dan busana) bersama pakaian Maksiat seperti slack sendat, jeans sendat dan leggings ketat. Sudah terang dan nyata bahawa apa-apa pakaian yang menampakkan alur bentuk tubuh dijatuhkan sebagai dosa besar oleh Islam, malangnya ramai wanita Islam tetap memakainya dan tidak kisah tentang dosa aurat. Istighfar !

Ingatlah ! Berbalik semula kepada tujuaan berhijab dan berpakaian cara Islam. Pakaian cara Muslimah bertujuan utama untuk mendapatkan keredhaan Allah melalui pemeliharaan aurat. Kedua, konsep pakaian Muslimah adalah untuk mengawal pandangan mata sang lelaki dan menundukkan nafsu seks mereka apabila mereka memandang agar wanita itu sentiasa dipandang mulia dan dihormati maruahnya. Ketiga, pakaian Muslimah haruslah berkonsepkan kesederhanaan bukannya bersifat berlebih-lebihan sehingga membawa ke arah fesyen menunjuk-nunjuk kecantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>