Nasha Aziz Dah Cecah 41 Tahun, Masih Comel, Masih Bergetah!

Lazada Malaysia

Meskipun sudah melewati usia 40-an, model juga pelakon popular Nasha Aziz berkata hidupnya yang sentiasa dikelilingi dengan cinta, berfikiran positif, ceria serta menjalani gaya hidup sihat menjadikan beliau sehingga kini kekal cantik dan masih mempunyai bentuk badannya, macam anak dara sunti.

“Tiada rahsia apa-apa. Simple saja, cinta. Cinta menjadikan saya nampak muda. Cinta melindungi saya daripada rasa tua. Cinta buat saya nampak sihat dan ceria. Cinta, cinta dan cinta. Setiap hari saya menerima cinta dan memberi cinta”, ujar Nasha Aziz kepada MD tatkala memintanya berkongsi apakah rahsia awet mudanya.

Pemilik nama sebenar Noraishah Abd Aziz ni ditemui di pelancaran produk GNC Live Well sempena memperkenalkan set minuman kolagen, ‘LAC Taut’, bertempat di hotel Double Tree, semalam.

Pada majlis tersebut Nasha diundang khas bersama dua lagi selebriti iaitu pelakon-model Alan Yun dan pereka fesyen terkenal, Melinda Looi bagi menceritakan pengalaman mereka sebagai pengguna ‘LAC Taut’.

“Di usia 41 tahun, saya sentiasa pastikan saya tetap cantik. Jadi saya dah cuba banyak produk kecantikan sejak beberapa tahun sebelum ni.Sekarang saya cuba pula Taut. Baru lebih kurang dua minggu. Saya sukakan rasanya yang manis dan kemanisan itu yang memberikan saya tenaga dan cinta. Dan harap-harap Taut memberikan sesuatu yang paling terbaik pada diri saya”, ujarnya.

Melihatkan ‘supermodel nombor satu tanah air’ ni tidak habis-habis menyebut perkataan ‘cinta’ sepanjang majlis, seperti biasa soalan wajib dikemukakan padanya, sudahkah dia menemui cintanya?

Nasha menjawab, “(senyum) Saya masih mencari cinta sebenar. Saya mencari seseorang yang mempunyai matlamat dan kepercayaan yang sama dengan saya.”

Menurut Nasha, dia tidak meletakkan sebarang target waima dalam usia sebegini, dia langsung tidak merasa bimbang dengan statusnya yang masih solo. Sebaliknya pelakon filem Cinta Luar Biasa ini menyerahkan segala pada-Nya.

Lazada Malaysia

“Masih solo. Tak mengenali, mengenali pun. Penat lah nak kenal-kenal (gelak). Lagipun banyak benda yang kita perlu mengenali, kan. Saya serahkan pada-Nya. Saya harus bersyukur. Saya tak nak demand, tak nak merungut kenapa sampai sekarang saya belum bertemu jodoh. Lagipun saya tidak menerima sebarang desakan dari keluarga mahupun teman-teman rapat,”

“Lambat atau cepat, saya percaya pada kentetuan-Nya. Mungkin bagi sesetengah wanita, apatahlagi bila dah berumur, mereka akan risau kalau masih belum berkahwin. Mereka mungkin malu. Tapi bagi saya, tak perlu rasa malu. Bukankah setiap kita dah di janjikan akan ada adam atau hawa untuk kita semua. Maknanya ada lah Adam saya, satu hari nanti, petahnya sambil tersenyum lebar.

Menurut Nasha lagi, walaupun hidup bersendirian dia gembira kerana sebetulnya dia tidak sempat merasa sunyi. Tambahan dengan kehadiran kawan-kawan sekeliling juga para peminatnya yang mencecah lebih 700, 000 di fanpage rasminya sekaligus membuatkan rutin hariannya terisi.

“Saya rasa hidup saya penuh dengan warna. Saya ada kawan-kawan, berbual dan berkongsi rasa. Syukur saya ada peminat yang ramai. saya kongsikan hidup saya dengan mereka. Walaupun saya tak selalu balas kiriman-kiriman mesej peminat di fanpages saya, tapi mereka sentiasa menyokong dan memberi semangat pada saya. Mereka beri saya cinta dan saya menerima cinta. Jadi saya tak sempat pun nak rasa sunyi”, katanya lagi.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai perkembangan karier, Nasha baru saja selesai menjalani penggambaran Stand By Me bersama produksi Indonesia. Antara pelakon Malaysia lain yang turut menjayakan telemovie tersebut ialah Jehan Miskin.

“Baru saja habis shooting di Jakarta. Buat masa ni daya tidak menggambil job drama atau filem. Lagipun dah nak bulan Ramadhan. Alhamdulillah, setiap kali Ramdhan memang saya akan perlahankan aktiviti seni dan lebih banyak luangkan masa dengan memenuhi aktiviti di bulan puasa, misalnya berbuka puasa bersama anak-anak yatim,” ujar pelakon Super Mak ni mengakhiri perbualan.

mynewhub

Author Description

No Responses to “Nasha Aziz Dah Cecah 41 Tahun, Masih Comel, Masih Bergetah!”

Leave a Reply

Your email address will not be published.