Misteri Villa Nabila di Johor Bahru

By  |  5 Comments

Banyak cerita yang membabitkan kisah villa ni. Ada 7 versi semuanya. Tak dapat nak dipastikan mana satu yang betul tapi aku lebih suka ambik kisah yang paling last sekali. Apa-apa pun kita ikuti kisah-kisahnya satu per satu.

Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.

Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.

Versi #5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.

VERSI #6

Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut.

VERSI #7
Jiran dikeliling tu pulak ber cerita pasal rumah tu kne rompak. Cristine tu betul la tp suaminyer melayu n kerabat sultan yg dulu2 la… apabila umah dirompak cristine n nabila telah dirogol beramai2 baru dibunuh kejam,… semua yg ader dlm uamh tuh dibunih… lps tu mayat disimen didinding n tiang tengah umah tersebut. selps dlm 20 thn ader la org kaya nak bli tanah tu tp die slalu bermimpi pasal hal keluarga nabila dan bersetuju untuk menyempurnakan mayat2 tersabut… part yg akhir tu xbp pasti lakan, mcm tkt jew nak pecah dinding cr mayat…. tp xpasti la kan…

5 Comments

  1. Anonymous

    18/11/2013 at 4:31 PM

    Jomm,pergi kita pecahkn dinding tuu,sbb nk buat paranormal,biarlh mayat tuu tenteram ckitkn…

  2. sham laser

    18/11/2013 at 5:10 PM

    villa nabila nie mana ada hantu aku tau la port aku lari rumah dulu2…yang berhantunya kat johor bahru nie kat the zone….malam2 minggu terhoyong hayang …terkinja2 ..terjerit2 bergaduh berpelukan sana sini hantu2nya….bawa bomoh siam pun tak jalan hantu kat the zone tu….

  3. jeffery

    18/11/2013 at 6:05 PM

    Betul ker ni..

    Atau ada penyamun yg tinggal kat villa tu..

  4. dayah

    18/11/2013 at 8:55 PM

    Hahaha,. Sham memg laser! . .ngeng~ .. The zone tu xpyah cter lh. . Dh memg x serupa manusia dh. . Haha

  5. Pingback: Misteri Villa Nabila di Johor Bahru | Faizal Fredley | Travel is My Lifestyle Journey

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>