Lazada Malaysia

Lahad Datu Dalam Zon Perang Di Kampung Tanduo

By  |  0 Comments
Lazada Malaysia

Lahad Datu kini berada dalam zon perang antara polis dan tentera sultan Sulu di Kampung Tanduo. Semua penduduk di felda khususnya berada dalam keadaan panik dan kini menunggu arahan untuk keluar daripada kawasan tersebut. Insiden berbalas tembakan turut kedengaran antara tentera Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III dengan pasukan keselamatan Malaysia.

lahad datu

Suasana di sana dikatakan tegang dengan polis dan tentera dikerah mengawal keadaan yang berbahaya sejak jam 6 pagi waktu tempatan. Tentera Kiram yang didokong Sultan Sulu itu juga meningkatkan serangan terhadap barisan pertahanan yang dibina pasukan keselamatan Malaysia menyebabkan insiden tersebut meletus dalam serangan yang sudah memasuki hari ke-20 itu.

Rakaman Perbualan Ketua Penceroboh

Lazada Malaysia

Dalam satu temu bual bersama radio dzBB kira-kira pukul 10 pagi Jumaat, Agbimuddin Kiram yang juga ketua kumpulan tersebut berkata, mereka telah ditembak dan terpaksa mempertahankan diri.

“Biglang pumasok sa amin (Mereka datang dengan tiba-tiba), kami perlu mempertahanakan diri sendiri,” kata Raja Muda Agbimuddin Kiram.

Ketika ditanya masa pasukan keselamatan Malaysia bertindak, dia berkata: “Oras na ito (pada waktu ini).” Bunyi tembakan kedengaran ketika temu bual itu diadakan.

Temu bual itu kemudiannya terputus. Dalam temu bual kedua dengan stesen radio, Agbimuddin Kiram berkata, dia menerima laporan bahawa beberapa anggotanya cedera dan memberitahu mereka tidak akan ada berundur atau melakukan gencatan senjata.

“Meron na (Terdapat anggota yang cedera),” katanya dalam temu bual itu apabila ditanya jika ada anggotanya yang cedera, beberapa saat selepas temu bual pertama itu terputus. Ketika ditanya sama ada terdapat polis Malaysia yang cedera, dia berkata:”Ewan ko (Saya tidak tahu).”

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>