Kisah Benar

Lazada Malaysia

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Lazada Malaysia

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.Aku yang ‘konon’nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.,.

Author Description

No Responses to “Kisah Benar”

Leave a Reply

Your email address will not be published.