Kisah Benar Bila Sudah Terlanjur

Lazada Malaysia

Kisah Benar Zaman Kini Ramai Remaja Sudah Terlanjur, Adakah Ibubapa Mereka Sedar?

Apakah maksud remaja? Remaja adalah golongan berumur antara 13 tahun sehingga 21 tahun. Apakah maksud terlanjur? Apabila anda membaca artikel di bawah, anda akan mengetahui apakah maksud terlanjur .. Tidak kira samada anda sendiri pernah terlibat dengan perkara tersebut atau kawan2 anda pernah terjebak .. tetapi sekali anda terjebak, anda akan KETAGIH!
Mengapa hari ini saya menulis tentang terlanjur? Kerana kita dapat lihat hari ini, masalah sosial, pembuangan bayi, pergaulan tanpa batasan serta hawa nafsu semata semakin menular. Yang paling sedih, ia adalah di kalangan remaja Islam berbangsa Melayu! Kita juga boleh lihat, golongan remaja yang masih muda dan bersekolah lebih pandai dan ‘advanced’ tentang SEKS da perkara yang sewaktu dengannya! Adakah wajar institusi pendidikan membenarkan pendidikan seks di sekolah?

“I love u..”, “I miss u..”, “u I yg punya…”, “kita da buat macam2…takkan awak tergamak tinggalkan saya…”, “kita da ada tanda…” dan sebagainya….semua ni adalah antara ayat2 yang biasanya golongan bercinta selalu memperkatakannya..


TETAPI, apabila sampai statement oleh seorang perempuan, “siapa nak bertanggungjawab ni…?”, si lelaki pula sanggup untuk bertanggungjawab…tetapi si perempuan pula tidak kisah memberikan tubuh kepada sesiapa yang dikehendakinya walaupun si lelaki ingin serius menjalinkan hubungan…

Lazada Malaysia

Siapakah lelaki dan perempuan itu yang boleh menghalalkan NIAT dan CARA? Mengapa mereka perlu bercinta dan niat bercinta adalah semata nafsu? Apa akan jadi kepada golongan ini dan keturunan ini pada masa akan datang.. Adakah mereka tahu mereka akan mendapat kesan sampingan apabila terlalu AKTIF memberikan tubuh dan kemaluan kepada orang yang berbeza? Di mana maruah mereka, bagaimana jika keluarga mereka dapat tahu? TETAPI, selalunya, golongan ini akan berfikiran pendek dan berkata “tidak mungkin mak ayah akan tahu, semuanya antara kita-kita saja”.

Paling sedih adalah golongan ini tidak kira umur, latar belakang dan pekerjaan samada yang kaya, sederhana atau miskin. Mengapa semua ni orang luar nampak tapi buat-buat tak nampak? Apa sudah jadi kepada bangsa Islam di Malaysia? Tengok saja di Jalan Imbi, dan Bukit Bintang… Sebab itu wujudnya golongan yang boleh menjatuhkan masyarakat sebangsa seagama yang lain kerana mereka ini telah memanipulasi golongan lain yang masih dianggap tidak terjebak perkara tidak baik ini dan mereka ini telah mempunyai walaupun setitik tompok hitam dalam hati mereka. mereka tidak suka melihat orang lain senang sebagai contoh….ini kerana hidup mereka susah, miserable, stress, ada masalah…cara untuk mengatasinya adalah cuba melakukan penganiyaan, salah faham dan sebagainya…

sumber

Author Description

No Responses to “Kisah Benar Bila Sudah Terlanjur”

Leave a Reply

Your email address will not be published.