Kini Eja Pulak Bertudung

By  |  0 Comments

eja

Pelakon popular Eja kini telah mengambil keputusan untuk berhijab penuh sekembalinya dari umrah sejak lima hari yang lalu. Kini pelakon berusia 41 tahun ini kelihatan semakin anggun dengan imej barunya itu.

“Sebenarnya, saya berhajat ingin memakai tudung selepas usia memasuki 40 tahun tetapi hasrat itu terkubur kerana kesibukan saya. Tahun ini, saya berpeluang membuat umrah sekali lagi dan alhamdulillah apabila balik ke sini saya tidak mahu membuka tudung lagi.

“Saya tidak putus-putus berdoa dan alhamdulillah berkat petunjuk daripada Allah, saya langsung tidak mahu membukanya lagi. Tetapi, saya tidak mahu bercakap lebih banyak kerana baru lima hari saya pulang ke sini. Semoga Allah permudahkan dan menetapkan hati saya untuk terus membawa kebaikan ini,” kata Eja yang ditemui di majlis pelancaran produk kecantikan Cosry Skin Therapy semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>