Kepentingan Hutan

By  |  0 Comments


Hutan dianggap sebagi sumber yang boleh diperbaharui.Benar,tetapi untuk memperbaharuinya mengambil masa yang lama.Hutan yang sudah dimusnahkan oleh manusia atas dasar pembangunan,sukar untuk pulih seperti sediakala.Dengan fungsinya sebagai biodiversiti menjadikan Malaysia sebagi salah satu khazanah dunia yang kaya dengan pelbagai kehidupan biotik dan abiotik.Sesungguhnya hutan mempunyai peranan yang sangat besar di dalam kehidupan manusia.

Hutan dan Sungai
Legeh sungai atau punca sungai kebanyakkanya berasal dari kawasan tanah tinggi yang dilitupi hutan.Lihat sahaja contohnya sungai Perak dan Sungai Pahang berasal dari Banjaran Titiwangsa yang merupakan tulang belakang Negara.Banjaran Titiwangsa menjadi legeh sungai kerana hutan di situ berfungsi seolah-olah span yang menyerap air.Hutan akan menyimpan air kerana air hujan diserap ke dalam tanah dan dikeluarkan semula di dalam bentuk punca sungai( kawasan air terjun dan mata air ).

Hutan sebagai habitat flora dan fauna.
Malaysia diiktiraf sebagai salah satu mega biodiversiti yang hanya berjumlah 12 kawasan sahaja di seluruh dunia.Biodiversiti merujuk kepada keseluruhan hidupan dari mikro kepada hidupan sebesar gajah yang membentuk ekologi dan habitat yang sangat unik,rencam serta hebat.Lihat sahaja Malaysia bersama hutannya gah dengan bunga terbesar di Malaysia,gah dengan pelbagai hidupan liarnya yang unik.Lihat sahaja orang utan ‘the one and only’! di seluruh dunia.Hutan yang dipelihara serta dipulihara akan menjadi khazanah dan tempat tinggal hidupan liar serta perlindungan flora yang hebat.

Hutan Penstabil Suhu Dunia.
Dengan sifatnya yang melakukan fotosintesis,hutan menggunakan karbon dioksida dapat menyejukkan suhu bumi.Suhu setempat juga dapat dikawal melalui penanam pokok yang besar,terutama di kawasan Bandar.Hutan penting sebagai agen penyejuk serta menyederhanakan kawasan yang panas.Dengan pembalakan secara berleluasa tanpa kawalan akan menyebabkan suhu dunia bertambah panas.Fenomena pemanasan global biasanya dikaitkan denga n kesan rumah hijau dan pertambahan karbon dioksida

Bidang Penyelidikan dan Pembangunan
Dengan kepelbagian biologinya,hutan merupkan khazanah Negara yang sangat bernilai.kajian tentang perubatan sebenarnya masih meluas dan berpotensi untuk dimajukan.Dengan nilai perubatan yang sangat tinggi hanya sebahagian kecil sahaja khasiat perubatan hutan diketahui serta dikaji,antaranya tongkat ali dan kacip Fatimah yang popular itu.Banyak lagi sebenarnya yang belum diterokai dan dikaji.

Pencegahan banjir.
Oleh kerana pembalakan yang berleluasa Thailand pada tahun 1988 kalau tida silap saya mengalami banjir yang dashyat di kota Bangkok.Ini kerana hutan di sebelah utara Negara itu sudah dimusnahkan secara meluas.Hutan berfungsi untuk menahan air larian permukaan bila tanah tidak lagi mampu menampung jumlah air hujan yang turun.Jadi jika hujan turun dengan lebat sekali pun hutan akan menyerap air dengan baik,kerana titisan air hujan akan turun dengan perlahan-lahan akibat rintangan daun,ranting ,batang pokok serta humus yang begitu tebal di kawasan tanah hutan.Dengan ini banjir akan dapat dielakkan.

Hutan dan Komuniti Orang Asli/Pribumi
Sejak sekian lamanya hutan merupakan tempat tinggal orang asli serta bumiputera di Kepulauan Borne.Walaupun bersama dengan arus kemodenan,hutan masih merupakn tempat tinggal ramai kaun pribumi di seluruh dunia.Hutan mampu menjadi tempat tinggal yang sangat sebati dengan kehidupan pribumi seperti memburu dan bercucuk tanam.Hutan merupakan perlindungan yang unik,hingga melahirkan budaya hidup dan adat yang unik menjadi kebanggaan kita bersama.

Hutan dan Pelancongan
Masyarakat dunia sekarang melihat bahawa gabungan ekologi dan pelancongan menghasilkan kaedah pelancongan yang hebat.Konsep eko pelancongan sangat bertepatan dengan Negara kita sebenarnya.Dengan hutan hujan tropika yang hebat,termasuklah hutan paya bakau mampu menyerlahkan suasana nature kepada pelancongan,buktinya sudah terbentang di depan mata,Taman Negara sebagai contohnya merupakan salah satu konsep eko pelancongan yang menarik untuk diterokai.

Hutan dan Ekonomi Negara
Pembalakan secara terancang boleh menjamin kelangsungan hutan Negara.Pemuliharaan hutan sangat perlu.Pembalakan secara terpilih,menebang pokok yang betul-betul matang sahaja perlu dilaksanakan.Penanaman semula hutan perlu dijalankan secara kerap.Kawasan hutan simpan dan taman Negara memerlukan pemantaun yang lebih kerap dan terancang.Kawasan hutan yang menjadi kawasan tadahan air perlu dipantau,tindakan undang-undang perlu tegas.Undang-undang perlu digubal untuk menjamin kawasan hutan atau kawasan tadahan air terpelihara.

Sumber makanan.
Hutan sebenarnya berpotensi untuk dimajukan sebagi sumber makanan serta buah-buahan.Buah-buah atau tumbuhan di dalam hutan boleh menjadi sumber makanan melalui kajian serta penyelidikan yang mendalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>