Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Akan Diumum Pada Bajet 2013?

By  |  0 Comments

http://i.imgur.com/RCssY.jpg

Saya pernah menulis mengenai isu bonus 2 bulan gaji yang mungkin akan diumumkan oleh Dato Seri Najib semasa pembentangan Bajet 2013 pada 28 September ini.Jika berita mengenai bonus 2 bulan gaji ini menjadi kenyataan,saya yakin kesemua 1.4 juta kakitangan awam di seluruh negara akan lapang dada dan bersyukur dengan durian runtuh yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka.

Itu cerita mengenai bonus..

Daripada berita yang saya perolehi dari sumber yang agak kuat,selain daripada pengumuman bonus 2 bulan gaji pada bajet 2013,kerajaan juga akan mengumumkan kenaikan ataupun pelarasan gaji baru untuk kakitangan awam.Ini selaras dengan janji kerajaan untuk melakukan penambahbaikan dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM) sebelum ini.Walaubagaimanapun,bagaimana dan apakah bentuk kenaikan gaji ini nanti,masih lagi samar-samar dan berstatus rumours.Saya yakin,jika berita ini menjadi realiti,ia akan menjadi perkara yang amat bermakna buat kesemua 1.4 juta kakitangan awam di seluruh Malaysia.

Selain daripada penambahbaikan dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berunsurkan kepada pelarasan dan kenaikan gaji,khabarnya kerajaan juga akan mengkaji mengenai elaun rumah yang diperolehi oleh penjawat awam sekarang.Jika mengikut logiknya,kadar elaun rumah yang diperolehi oleh kakitangan awam pada masa sekarang sudah tidak releven lagi dengan situasi sebenar yang dihadapi oleh mereka mengenai perkara yang berkaitan dengan rumah.Oleh itu,tentunya menjadi harapan buat semua kakitangan awam agar pihak yang berkenaan dapat mengkaji perkara ini.

http://i.imgur.com/WYuxm.jpg

Walaubagaimanapun,kesemua keputusan ini terletak pada pucuk pimpinan negara.Saya yakin,apa pun keputusan yang akan dibuat kerajaan nanti,ia akan berlandaskan kepada kemajuan,kestabilan dan kemakmuran negara.Saya juga berharap agar Bajet 2013 yang akan diumumkan oleh Dato’ Seri Najib pada 28 September 2012 nanti tidak akan hanya berpihak kepada kakitangan awam sahaja.Diharap Bajet 2013 itu nanti akan melibatkan segenap lapisan masyarakat tidak kira apa status dan lokasi kelompok tersebut berada.

** Ramai yang membuat andaian bajet yang diumumkan nanti akan berunsurkan kepada PRU 13…saya harap tidak..

hairulazni.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>