Lazada Malaysia

Keluar darah setiap kali bersama

By  |  0 Comments
Lazada Malaysia

SOALAN

SAYA sudah berkahwin hampir tiga tahun dan masih belum mempunyai zuriat sendiri. Masalahnya, setiap kali bersama suami, pasti ada darah yang akan keluar daripada alat sulit saya dan haid saya pula tidak teratur.

Untuk makluman doktor, saya tidak pernah membuat pemeriksaan kesihatan kerana saya sangat takut jika saya menghadapi sebarang masalah kesihatan. Apakah nasihat doktor dalam hal ini?
NOOR,
Negeri Sembilan

Lazada Malaysia

 

JAWAPAN

ANDA disarankan berjumpa doktor sakit puan. Bukan saja masalah kesuburan anda dapat diperiksa dan dirawat, malah masalah pendarahan selepas hubungan seks juga penting diselidiki.

Pemeriksaan dalaman lazimnya tidak menyakitkan, ujian Pap Smear juga mudah dan mengambil masa singkat saja. Jika diberi pilihan, lebih elok sekiranya kita takut penyakit menjadi lebih teruk akibat lewat mendapatkan pemeriksaan atau rawatan. Semakin lama anda menunggu, usia semakin bertambah dan ini menyukarkan peluang seseorang wanita untuk hamil.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>