Lazada Malaysia

Isteri curang, suami meradang!

By  |  0 Comments
Lazada Malaysia

Apabila suami mendapat tahu bininya curang,maka seluruh badannya akan mengeletar memikirkan apa patut dilakukan, Persoalan demi persoalan bermain di benak pemikiran si suami. Si suami mula memikirkan apakah dosanya sehingga diperlakukan sebegini oleh isterinya. Mampukah rumah tangga ini bertahan?, sekiranya bertahan, adakah si suami dapat memaafkan si isteri? Mungkin ada yang berpendapat hidup sudah tidak bermakna lagi, ada juga si suami yang bertindak di luar dugaan denga membunuh isterinya.

SKANDAL nie ada 2 jenis :-

1. Yg melibatkan perasaan (cinta) : dimana kedua-dua atau salah seorang
individu yg terlibat dlm SKANDAL nie telah berkeluarga, tetapi mempunyai
kekasih lain yg mereka cintai selain suami/isteri.
ini terjadi di sebabkan beberapa faktor. cth : tiada persefahaman di antara
suami/isteri, bertemu kekasih lama dsb..mereka ini akan menjalinkan hubungan
cinta, mengambil berat serta memberi komitment antara satu sama
lain…adakalanya hubungan & komitment yang mereka beri antara satu sama lain
melebihi apa yang mereka beri pada isteri/suami masing-masing.

2. yg tidak melibatkan perasaan (suka-suka) : dimana kedua-dua atau salah
seorang individu yg terlibat dlm SKANDAL nie telah berkeluarga,
tetapi menjalinkan hubungan dgn individu lain hanya utk berseronok, melepaskan
kebosanan dari masaalah yang mereka hadapi & juga untuk memuaskan nafsu..
Mereka yang terlibat sering bertukar-tukar pasangan, tiada komitment antara
satu sama lain & bertemu hanya bila perlu sahaja. Kebanyakan pasangan begini
memberi alasan tidak mendapat kepuasan daripada layanan isteri/suami tetapi
masih menyintai & sayang pada suami/isteri. Hubungan SKANDAL yg dijalin
selalunya jarang dapat dihidu oleh isteri/suami serta orang lain.

Bagaimana pula nak elakkan ini semua terjadi?

1) Selalu Berpenampilan Menarik

Setelah menjalani alam rumahtangga bertahun-tahun, penampilan diri selalunye diabaikan. Keinginan untuk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu bila berada diluar seperti ditempat kerja, penampilan kita selalunya berbeza.

Lazada Malaysia

Kita cukup mengambil berat soal penampilan bila berhadapan dengan orang lain terutamanya jika ada yang memuji. Puji-pujian ini merupakan salah satu punca yang memungkinkan berlakunya kecurangan.

2) Kehidupan Seks Yang Sihat

Memenuhi keperluan seks pasangan sangat penting untuk menjaga perkahwinan tetap utuh. Banyak kes penceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri. Jika anda menghadapi masalah yang berkaitan dengannya, berusahalah untuk mengatasinya secepat yang mungkin.

3) Persamaan

Menikahlah dgn lelaki atau pasangan yang anda rasa sama dengan anda. Sama dalam erti, sama menariknya, berpendidikan setara dan memiliki pendapatn yang hampir sama. Percaya atau tidak, persamaan yang banyak antara suami isteri dapat mengecilkan kecenderungan untuk berlakunya kecurangan.

4) Waspada

Jika anda mengesan pasangan anda berlaku curang, jangan ragu untuk menyiasatnya. Kecurangan akan berlangsung lebih lama jika pasangan anda berasa senang dan jauh dari jangkauan anda. Jangan biarkan perkara ini berlaku dalam perkahwinan anda.

5) Waktu Hanya Berdua

Ada pasangan menganggap perkara ini sebagai perkara remeh temeh. Waktu romantis hanya untuk anda berdua sekurang-kurangnya seminggu sekali cukup penting untuk membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.

6) Mencari Kaunselor

Jangan ragu untuk mendapat khidmat daripada kaunselor ataupun orang tengah sekiranya merasakan hubungan anda menghadapi masalah atau ada masalah yang sukar untuk diatasi. Kebun bunga tidak akan nampak segar dan indah tanpa disiram dan dipupuk.
Begitu pula dengan perkahwinan. Jika bukan anda berdua yg bersikap proaktif dalam menjaga keutuhan rumahtangga, siapa lagi yang anda harapkan?

7) Menghargai Pasangan

Hargailah pasangan, kerana penghargaan akan dibalas dengan kesetiaan. Ucaplah terima kasih setiap kali pasangan membantu anda. Sekali sekala berilah hadiah buat suami ataupun isteri sebagai tanda anda menghargai apa yang dilakukan.

Bersahabat Dengan Teman-Teman Pasangan

Sekiranya pasangan curang, anda lebih cepat mengetahuinya dan tindakan segera boleh cepat diambil sebelum segala-galanya terlambat. Jadikan teman-teman pasangan anda sebagai teman anda

P/S Macam-macam persoalan sebenarnya,posting ini aku tujukan khas buat kawanku yang curang, Dan aku,ingin berkongsi dengan suami-suami diluar sana apa patut dilakukan sekiranya terjadi.

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>