Ibu Hanya Bertanya Mengenai Duit Sahaja – Afiq Muiz

By  |  0 Comments

Hari ini kita telah digemparkan dengan kenyataan ibu kepada Afiq Muiz yang menggelar anaknya sebagai anak derhaka. Petang tadi, Afiq Muiz telah membuat sidang media di Subang Parade untuk menjelaskan perkara sebenar.

afiq muiz

Menurt Afiq, dia sudah dihalau keluar dari rumah dan dimaki hamun oleh ibunya. Kata Afiq:-

Saya tak pernah buang keluarga saya. Ibu saya yang halau saya dari rumah, maki hamun saya, cakap saya anak derhaka dan anak yang tak guna. Ibu saya tak pernah sayang saya dan saya tak tahu apa motif ibu berbuat begini rupa. Perkara ini terjadi apabila saya berkawan rapat dengan Eina Azman. keluarga saya tak sukakan Eina dan selalu tuduh Eina macam-macam. Saya selalu nasihat adik saya yang menghina Eina. Melalui Twitter, adik saya mengatakan yang Eina berwajah buruk, Eina kaki kikis, Eina tak sepadan dengan saya dan macam-macam lagi perkara yang buruk mengenai Eina. Saya malu dengan adik saya sendiri sebab adik saya biadap. Apabila perkara ini terjadi, saya dihalau keluar dari rumah

afiq muiz

Tambah Afiq lagi, ibunya tidak pernah bertanya khabar tentang dirinya. Sebaliknya hanya bertanya mengenai duit sahaja. Kata Afiq:-

Saya kerja siang malam, ibu saya tak pernah tanya khabar. Dia hanya bertanya mengenai duit saya sahaja. Dia sayang saya sebab duit. Kalau saya tak bagi, saya kena pukul dengan abang saya. Ibu saya buruk-burukkan saya sehinggakan abang saya pernah mengamuk dan pijak kepala saya sampai saya tak boleh bangun enam jam.

Saya bukan cerita semua ini bukannya sebab saya nak tentang ibu saya. Tapi saya tak faham kenapa ibu saya boleh cerita masalah keluarga kami pada orang lain. Apa salah Eina sampai kena tuduh sebegitu rupa? Apa salah saya sampai kena halau? Sampai ibu saya pernah kata tempat saya adalah di neraka jahanam. Saya mahukan kasih sayang, kalau ibu saya sayang saya, ibu saya takkan burukkan saya. Saya tak perlu sebut apa yang dah saya berikan pada keluarga saya, sebab nanti orang cakap saya mengungkit pula

afiq muiz

Makin berat nampaknya kisah Afiq Muiz dan ibunya ini. Cuma ada satu jalan penyelesaian. Kedua-duanya perlu berjumpa dan mengakui kesilapan masing-masing. Air dicincang takkan putus. Lebih-lebih lagi hubungan anak dan ibu. Semoga jalan penyelesaian terbaik akan ditemui oleh mereka. Info asal portal GUA.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>