Lazada Malaysia

Hilux model baru

By  |  0 Comments
Lazada Malaysia

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota), pemasang dan pengedar kenderaan Toyota di negara ini yakin jualan model terbaru kenderaan pikap pacuan empat roda (4×4), Toyota Hilux akan mencecah lebih 20,000 unit tahun depan berikutan rantaian bekalan alat ganti kini pulih sepenuhnya selepas bencana tsunami yang melanda Jepun awal tahun ini.

Presiden UMW Toyota, Ismet Suki berkata, tahun lalu model Hilux memecah rekod jualan melebihi 18,500 unit berbanding 14,500 unit pada tahun sebelumnya dan sehingga Ogos lalu, sebanyak 14,000 unit pelbagai varian meliputi kabin tunggal serta kabin berkembar terjual dengan peningkatan sebanyak 20 peratus bagi tempoh sama.

Lazada Malaysia

“Kami jangka mampu menjual antara 1,800 hingga 2,000 unit sebulan model ini kerana Toyota Hilux sesuai untuk kerja lasak dan kini dijual di hampir 200 negara dengan pada tahun lalu saja, jualan di seluruh dunia mencecah lebih daripada 2.7 juta,” katanya selepas majlis pelancaran model terbaru Toyota Hilux di Petaling Jaya, Selangor semalam.

Model terbaru itu merangkumi perubahan luaran dan dalaman antaranya gril depan, bamper baru serta imej lebih moden dengan warna dalaman lebih gelap selain dilengkapi suis kawalan audio dan paparan pelbagai maklumat (MID) pada stereng. Harga jualan termasuk insurans bagi model berkuasa 2.5 Liter hingga 3.0 Liter adalah dari RM73,000 hingga RM107,000 seunit.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi UMW Toyota, Takashi Hibi berkata, permintaan kenderaan pikap Toyota adalah kukuh pada tahun ini meskipun pengeluaran kenderaan Toyota pada April hingga Mei lalu terjejas berikutan bencana Tsunami dan kini proses pengeluaran sudah pulih sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>