Guru paksa pelajar perempuan tanggal pakaian dan berdiri bogel dihadapan kelas

By  |  0 Comments

http://i.imgur.com/jZt4d.jpg

Gambar Hiasan

Seorang bekas guru prasekolah telah didakwa semalam atas kesalahan medenda secara melampau dan penderaan fizikal terhadap seorang muridnya berusia lima tahun di dalam kelas.

Guru Yayasan Komuniti PAP itu dikatakan telah mengarahkan murid perempuan tersebut menanggalkan pakaiannya dan berdiri bogel dihadapan kelas. Tertuduh dan mangsa dinamakan atas alasan kes masih dalam siasatan.

Guru wanita berusia 25 tahun itu dituduh menggunakan kekerasan terhadap pelajarnya itu di dalam tiga insiden berasingan, dua di bulan Julai tahun lepas dan sekali lagi pada bulan berikutnya.

Pada insiden bulan Ogos, kepala murid perempuan berkenaan telah terhantuk pada papan putih setelah guru itu menghumbannya. Dalam dua kejadian lain pula, tertuduh dikatakan telah menolak murid tersebut hingga terjatuh ke atas sebakul permainan.

Beliau juga didakwa menolak muridnya itu hingga dahinya terkena rak kayu.

Semalam, guru wanita itu berhasrat untuk mengaku bersalah dan melantik peguam. Akhbar Straits Time difahamkan beliau telah dipecat pada tahun lepas dari sekolah tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>