Lazada Malaysia

Gempar! Akaun Facebook Dedah Agenda Perhimpunan MNLF

By  |  1 Comment
Lazada Malaysia

Satu akaun Facebook atas nama Asree Sug telah mendedahkan tentang agenda Perhimpunan Nur Misuari dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di Pulau Jolo, Sulu pada 3 Januari lalu.

 

Dalam entri bertarikh 24 Januari itu, pemilik akaun media sosial tersebut mendakwa agenda perhimpunan itu seperti berikut:

1. Mendapatkan sokongan dari Tausug Pergunungan untuk menghadapi pemerintahan MILF (Barisan Pembebasan Islam Moro)-Filipina yang bakal mentadbir Sulu Mindanao yang tidak mereka persetujui.

Lazada Malaysia

2. Mendapatkan sokongan dan saranan Tausug bersetuju menghadapi Malaysia untuk mendapatkan semula Borneo Utara, cara tuntutan dibuat dan siapa yang akan ditabal sebagai Sultan Sulu.

3. Mencanangkan bahawa Malaysia dan Filipina bersama MILF bersekongkol memperbodohkanMNLF dengan membuat perjanjian baharu sedangkan perjanjian lama belum dilaksanankan.

Dalam Facebook itu, Asree juga mengaitkan nama seorang pemimpin pembangkang yang katanya: “MNLF dan Nur Misuari sedang memerhatikan keadaan politik di Malaysia… kemungkinan, Nur Misuari sedang mendoakan kemenangan buat sahabat karibnya DS Anwar Ibrahim untuk mendapat kemenangan pada PRU-13″. – UTUSAN ONLINE

1 Comment

  1. Mista

    07/03/2013 at 1:25 AM

    Itu mmng dia la, sbb dia reti berbhsa suluk, sy pnh skali ikut berkomentar dlm post ni..!! dia blh bertutur dlm bhsa suluk dan mlsia dgn sempurna

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>