Gambar Terkini Di Masjidil Haram, Esok Pintu Kaabah Dibuka

By  |  0 Comments

http://i.imgur.com/MT3zz.jpg

MEKAH – Keadaan di sekitar Masjidil Haram kini semakin lengang selepas jutaan jemaah haji telah pulang ke negara masing-masing.

Menurut blogger Mohd. Arshad Ali, keadaan ketika ini juga cukup selesa kepada mereka yang sedang menunaikan ibadah umrah terutama yang melakukan tawaf di keliling Kaabah.

” Ketika jemaah haji berada di Mekah, penduduk tempatan ramai yang tidak keluar kerana memberi peluang jemaah luar berada di Masjidil Haram.

” Masa inilah (sekarang) mereka menggunakan peluang tersebut untuk beribadah dengan keadaan yang cukup selesa selepas jemaah negara asing kembali ke tanah air mereka,” katanya yang juga pemilik blog hajiarashad.blogspot.com.

Arshad juga memaklumkan bahawa pintu Kaabah akan dibuka kepada orang awam memasukinya esok.

Pun begitu, katanya, peluang tersebut hanya kepada tetamu kerajaan, pembesar dan para diplomat asing.

” Setiap tahun pintu Kaabah akan dibuka sebanyak dua kali, peluang tersebut juga digunakan untuk Gabenor Mekah mencuci ruang di dalamnya,” katanya yang kini menetap di sana.

hajiarashad.blogspot.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>