Gambar Syahrini Curang Cium Lelaki Lain?

By  |  0 Comments

Meskipun tirai bulan Mei 2012 yang menceritakan kehangatan kisah cinta sepasang kekasih dari Indonesia dan Malaysia telah berlabuh, namun bulan Jun bukanlah penamat untuk cerita mereka kembali tersiar di ruangan blog dan media massa. Siapa lagi pasangan kekasih yang dimaksudkan kalau bukan Syahrini dan Bubu.

Terakhir kali mendengar cerita pasangan ini ialah bulan lepas yang mana umum mengetahui Bubu bukanlah daripada kalangan kerabat diraja Selangor seperti yang didakwa media seberang itu. Dan yang terbaru apabila beberapa keping gambar Syahrini dan seorang jejaka misteri, sedang bermesra atau lebih tepat lagi sedang bercium.

Apa yang menjadi isu panas ketika ini ialah, lelaki yang dicium oleh Syahrini itu bukanlah Bubu, kekasihnya, tetapi lelaki lain yang didakwa merupakan sahabat dan juga pereka pakaian kepada Syahrini.

Selain itu, spekulasi yang sedang panas melanda ruang industri seni Indonesia  ini mendapat tahu bahawa lelaki itu bernama  Iwan Sunarto. Syahrini juga memberitahu media, bahawa, gambar kontroversi beliau merupakan gambar lama dan menjelaskan, hubungan mereka tidak lebih sekada kawan sahaja. Cliche bukan?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>