Datuk Zainal Kahwini Juara Gadis Melayu

Lazada Malaysia

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, duduk-tak duduk, ramai yang pakat call Agendadaily tengah hari Jumaat tanya mengenai benarkan Boss UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman kawin lagi.

Risik punya risik memang sah betul.

Datuk Zainal atau orang Penang panggil Tok Non, 52, sebelum ini kematian isteri Datin Shazarina Shamsuddin yang meninggal pada Disember 2010.

Gadis bertuah yang menjadi pilihan Datuk Non adalah pemenang rancangan realiti Gadis Melayu musim ke-2, Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 23.

Lazada Malaysia

Anak sulung dari lima beradik itu baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam jurusan Sarjana Muda Sains Mikrobiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Datuk Non dah selamat diijabkabulkan pagi Jumaat di kediaman keluarga sebelah pengantin wanita di Taman Seri Semarak, Parit Buntar, Perak.

Manakala majlis kenduri sebelah perempuan akan berlangsung esok di Dataran Sungai Kerian, Parit Buntar.

Kedua-dua mereka yang dikenalkan melalui kenalan rapat itu menyulam cinta selama setahun sebelum masing-masing mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan ke jinjang pelamin.

Author Description

No Responses to “Datuk Zainal Kahwini Juara Gadis Melayu”

Leave a Reply

Your email address will not be published.