Lazada Malaysia

Cerpen – Kekasih Lama Meminta Seks pada Malam Nikahku

By  |  0 Comments
Lazada Malaysia

Memang benar kata pujangga, Jangan biarkan nafsu beraja di hati,nanti hancurlah segalaya. Selepas menamatkan alam persekolahan, aku mula menjadi liar. Aku mula berkawan dengan teman-teman yang sosial. Dengan memiliki wajah yang angguna, dengan mudah aku menjalinkan hubungan dengan beberapa orang kekasih dalam satu masa. Aku terbuai dengan alam ciptaanku. Sehinggalah aku melangkaui batas-batas pergaulan seorang muslimah. Aku membiarkan mereka yang durjana itu menikmati tubuhku. Aku jatuh dari satu pangkuan lelaki ke pangkuan lelaki lain. Sehinggalah suatu hari aku mengenali seorang lelaki yang bernama Adam.

Aku benar-benar menyintai dia walaupun kutahu dia suami orang. Seperti lelaki lain, aku juga sanggup menyerahkan diriku padanya. Hubungan kami berlanjutan beberapa bulan tanpa diketahui isterinya. Hasil hubungan terlarang itu, aku mengandung. Kukhabarkan berita ini padanya. Tanpa kuduga,dia memintaku menggugurkan kandungan itu. Demi cintaku padanya, aku sanggup menggugurkan janin itu. Setelah itu, aku begitu menderita. Sakit hasil pengguguran haram itu benar-benar menguji kesetiaanku padanya. Dia semakin menjauhkan diri. Puas aku menghubunginya, tapi akhirnya aku hampa.

Lazada Malaysia

Kemudian aku bertemu dengan Azlan. Setelah menceritakan apa yang terjadi padanya, rupa-rupanya dia sanggup mengahwiniku. Katanya dia menyintaiku dan mahu membimbing aku ke jalan yang benar. Aku amat terharu. Seminggu aku ingin bernikah, Adam menghubungiku. Dia ingin bertemu denganku. Katanya dia ingin meminta maaf dariku dan ingin menikahiku juga. Katanya lagi, dia sanggup tinggalkan isterinya. Aku menangis. Adakah aku perlu kembali padanya? Akhirnya aku memutuskan untuk meneruskan perkahwinanku dengan Azlan.

Pada malam aku bernikah, tiba-tiba telefon berdering. Rupanya itu panggilan dari Adam. Katanya dia ingin bertemu denganku sebentar. Untuk apa bertemu denganku lagi. Semuanya sudah berakhir. Katanya dia ingin menikmati tubuhku buat kali terakhir. Aku terus mnghempaskan telefon itu. Jantan Sial. Aku menangis semahu-mahunya. Sejurus, ibu memanggilku. Katanya, aku perlu bersiap-siap kerana sebentar lagi aku akan dinikahkan. Aku memandang wajah Azlan. Terima kasih suamiku.

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>