Lazada Malaysia

Cecair kekuningan jejas faraj

By  |  0 Comments
Lazada Malaysia

SAYA berusia awal 20-an dan belum berkahwin. Saya mengalami masalah sejenis cecair kekuningan pada faraj. Kadangkala cecair itu berbau dan kadangkala tidak. Saya mengalami masalah ini sejak beberapa bulan lalu dan tidak pernah membuat sebarang pemeriksaan doktor.

Saya juga tidak mengalami kegatalan atau kemerahan seperti yang dihidapi pesakit kelamin. Adakah saya berkemungkinan menghidap penyakit kelamin meskipun saya tidak mengadakan hubungan seks bebas? Harap doktor dapat membantu saya.
GADIS UTARA,
Kedah.

SEKIRANYA cecair kekuningan itu disebabkan oleh jangkitan kuman, lazimnya ia berupa kulat seperti Candida spp atau bakteria yang berasal dari permukaan kulit luar seperti Streptococcus spp ataupun bakteria yang berasal dari lubang dubur.

Lazada Malaysia

Saya kurang jelas mengenai penyataan anda mengenai seks bebas. Jangkitan kelamin boleh berlaku asalkan seseorang mengadakan hubungan seks. Hubungan seks bebas (berbilang pasangan) pula meningkatkan risiko jangkitan kelamin sama ada yang mengamalkan seks bebas terbabit, wanita ataupun pasangannya ataupun kedua-duanya.

Sewaktu pemeriksaan doktor, sampel cecair terbabit boleh diambil untuk ujian makmal (kultur dan sensitiviti) yang mengambil masa beberapa hari. Maka kebiasaannya doktor akan memberikan ubat bagi jangkitan lazim sementara menunggu hasil ujian kultur berkenaan.

Perlu difahami, terdapat juga sesetengah kuman yang tidak dapat dikesan menggunakan ujian terbabit. Doktor mungkin turut mencadangkan ujian darah serta ujian pap smear.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>