Lazada Malaysia

Cara terbaik untuk elak hamil lagi

By  |  0 Comments
Lazada Malaysia

SAYA berusia 23 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak. Untuk pengetahuan puan, anak kedua dan ketiga adalah kembar.

Selepas bersalin anak kembar ini, saya mula mengambil perancang keluarga iaitu depo provera.
Sebenarnya saya sangat takut dengan segala jenis perancang keluarga, baik suntikan mahupun ubat kerana saya risau kesannya kelak. Jadi saya ingin tahu, apakah cara terbaik untuk mengelak diri daripada hamil?

MAZ,

Kuala Lumpur.

SEPERTI mana-mana ubat atau produk mahupun makanan boleh memberikan kesan sampingan jika diambil berlebihan.

Anda hendaklah menimbangkan kesan hamil lagi dalam masa terdekat berbanding kesan sampingan yang mungkin dialami akibat penggunaan kaedah pencegah kehamilan yang anda pilih.

Lazada Malaysia

Terdapat beberapa jenis kaedah pencegah kehamilan yang sangat berkesan (risiko kehamilan di bawah satu peratus) seperti pil berhormon, suntikan depo, implan dan alat dalam rahim, berbanding beberapa kaedah lain. Secara perbandingan, menggunakan kaedah ‘selamat’ memberikan risiko kehamilan sehingga 25 peratus.

Berbincanglah dengan doktor anda mengenai jenis kaedah pencegah kehamilan yang sangat berkesan seperti yang disebutkan di atas. Perbincangan hendaklah merangkumi kemungkinan kesan sampingan.

Kebanyakan kesan sampingan yang kurang digemari lebih berkait dengan gangguan haid dan sedikit penambahan berat badan akibat penahanan air serta perubahan pada kulit muka.

Kemudian, pilihlah kaedah yang anda rasakan paling serasi dengan anda sendiri. Kaedah yang sesuai bagi rakan tidak semestinya bermakna sesuai untuk anda. Tidak bersedia menghadapi kemungkinan kesan sampingan inilah yang boleh menyebabkan seseorang panik atau terus berhenti mengamalkannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>