Lazada Malaysia

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Piala AFC 2014

By  |  0 Comments
Lazada Malaysia
Cabaran Piala AFC 2014 akan memulakan saingannya pada bulan Februari 2014. Malaysia akan diwakili oleh 2 pasukan iaitu pasukan naib juara Liga Super 2013 Selangor dan juara Piala FA Malaysia 2013, Kelantan. Undian yang telah diadakan pada 10 Disember 2013 yang lalu meletakkan wakil negara dalam Kumpulan F dan Kumpulan G. Pasukan Selangor diundi dalam Kumpulan F bersama-sama dengan kelab Hanoi T&T (Vietnam), Arema Cronous (Indonesia) dan Maziya (Maldives) manakala Kelantan pula dalam Kumpulan G bersama-sama dengan kelab Yangon United (Myanmar), Vissai Ninh Binh (Vietnam) dan South China (Hong Kong).

Pada pandangan Bual Sukan, kedua-dua wakil negara ini berada dalam Kumpulan yang seimbang di mana setiap kelab-kelab dalam Kumpulan F dan G mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing. Namun peluang untuk mara ke peringkat seterusnya tetap ada jika pasukan Selangor dan Kelantan masing-masing menggunakan segala peluang menewaskan lawan masing-masing. Berikut adalah Jadual Perlawanan saingan Piala AFC 2014 bagi pasukan Selangor dan Kelantan :


Pasukan Selangor

25 Februari 2014 : Arema Cronous (TS)
11 Mac 2014 : Maziya (TL)
19 Mac 2014 : Hanoi T&T (TL)
1 April 2014 : Hanoi T&T (TS) 
9 April 2014 : Arema Cronous (TL)
23 April 2014 : Maziya (TS)


Pasukan Kelantan

26 Februari 2014 : Yangon United (TL)   
12 Mac 2014 : South China (TS) 
18 Mac 2014 : Vissai Ninh Binh (TS) 
2 April 2014 : Vissai Ninh Binh (TL)  
8 April 2014 : Yangon United (TS)  
22 April 2014 : South China (TL)  


* Jadual Perlawanan Tertakluk kepada Pindaan
TS : Tempat Sendiri
TL : Tempat Lawan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>