Beza Ketinggian Nabi Adam dan Manusia Sekarang

By  |  0 Comments

http://i.imgur.com/dGSAT.jpg

Sabda Rasulullah SAW :

“Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini”

(HR. Bukhairi), hadis ini juga terdapat dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad.

Berdasarkan hadis di atas, maka benarlah ketinggian Nabi Adam a.s adalah 60 hasta. 1 hasta = 45,72cm. Jadi, tinggi Nabi Adam adalah kira-kira 27,432 meter. Hampir mencapai 30 meter. Wallhu’alam.

Cuba tengok replika baju Nabi Adam a.s kat bawah ini. Ia dibuat di Jeddah, Arab Saudi dan memakan masa selama 18 hari untuk menjahitnya. Panjang 29 meter dan lebar 9 meter.

http://1.bp.blogspot.com/-aRtLfT4qUhM/TvFJsJUHhhI/AAAAAAAAAVE/warTkOFof-w/s1600/replika+baju+nabi2.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-PQfBExjGmrU/TvFJsquBzJI/AAAAAAAAAVI/LOB23UHxYS8/s1600/replika+baju+nabi1.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-58Fd0u2MNTY/TvFJtOu15JI/AAAAAAAAAVQ/LGOpT542DsM/s1600/replika+baju+nabi3.jpgReplika ini dibuat sekadar untuk melihat setinggi manakah atau sebesar manakah (saiz) Nabi Adam a.s.

Para saintis Amerika Syarikat membuat kajian terhadap bangsa mereka sendiri yang dulunya didakwa sebagai bagsa yang mempunyai purata ketinggian yang paling besar dalam kalangan bangsa lain di dunia.

Namun, daripada kajian yang dilakukan itu, bangsa Amerika Syarikat didapati semakin merosot purata ketinggian mereka. Salah satu puncanya adalah kerana memakan makanan yang diawet.

Setinggi-tinggi manusia, segagah-gagah manusia, sebesar-sebesar manusia, raja kepada segala-galanya tetap Allah SWT.

p/s : Dulu orang Jepun dan orang China lebih pendek daripada orang Melayu, sekarang diorang pulak yang lagi tinggi daripada kita. Selain daripada makanan, mungkin faktor budaya pun jadi salah satu puncanya. Wallhu’alam.

seifkhales

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>