“Ayah Larang Saya Pakai Seksi-Seksi” – Chacha Maembong

Lazada Malaysia

“Ayah Larang Saya Pakai Seksi-Seksi” – Chacha Maembong – Pelakon baru yang semakin di kenali ramai melalui drama bersiri Setia Hujung Nyawa, Chacha Maembong mengakui menceburi dunia lakonan dengan bersyarat.

Ayah Larang Saya Pakai Seksi Seksi   Chacha Maembong

Menurut adik kepada Emma Maembong ini, ayahnya telah memberikan kebenaran untuk berlakon tetapi dengan syarat beliau tidak boleh memakai pakaian yang terlalu seksi atau menjolok mata.

“Kata ayah, biarlah pakaian tersebut sesuai dengan usianya dan ayah juga tidak membenarkan saya bergambar terlalu rapat atau beraksi ‘daring’ dengan mana-mana pelakon lelaki.

Lazada Malaysia

“Saya menghormati keputusan yang telah di buat oleh ayah dan akan cuba mengikuti segala kehendaknya. Saya faham tujuan ayah berbuat begitu demi kebaikan anak-anaknya,” ujarnya kepada Gua.

Mengimbas pembabitannya dalam dunia glamor, Chacha memberitahu dia bermula dengan dunia peragaan iaitu ketika masih kecil. Apabila melangkah ke dunia remaja, dia mengambil keputusan untuk aktif dalam dunia lakonan yang begitu diminatinya.

“Saya amat meminati dunia seni lebih-lebih lagi dalam bidang lakonan. Sejak dari kecil lagi sudah timbul minat untuk berlakon tetapi tumpuannya ketika itu lebih kepada dunia peragaan dan kini saya ingin lebih fokus kepada dunia lakonan pula,” katanya.

 

Author Description

No Responses to ““Ayah Larang Saya Pakai Seksi-Seksi” – Chacha Maembong”

Leave a Reply

Your email address will not be published.