Apa Itu SUPERCOMPUTER?

Lazada Malaysia

Superkomputer ialah sejenis perkakasan untuk menukar masalah perkomputeran menjadi masalah berkait dengan I/O”
-Ken Batcher

Superkomputer ialah sebuah komputer yang menerajui dunia dari segi kapasiti proses, terutamanya kelajuan dalam perkiraan, pada masa ini. Superkomputer yang pertama diperkenalkan dalam tahun 1960an, direkabentuk secara asas oleh Seymour Cray di Control Data Corporation (CDC).

Penggunaan

Superkomputer digunakan dalam proses yang memerlukan pengiraan yang berat, seperti ramalan cuaca, kajicuaca (termasuk kajian tentang pemanasan global, pemodelan molekul (memproses struktur dan kandungan bahan kimia, makromolekul biologi, polimer, dan kristal), simulasi fizikal (seperti simulasi kapal terbang dalam terowong udara, simulasi letupan senjata nuklear, dan kajian perlakuran nuklear), krytanalysis, dan yang serupa dengannya.

Biasanya Superkomputer digunakan dalam ketenteraan dan bidang saintifik.Ia mengandungi 16 unit pemprosesan pusat(CPU) dengan setiap satu berupaya melakukan satu billion perkiraan sesaat.

Rekabentuk

Lazada Malaysia

Superkomputer secara tradisinya, lebih pantas daripada komputer biasa. Superkomputer biasanya dikhususkan untuk proses perkomputeran tertentu, seperti pengiraan nombor. Ia agak lemah dalam proses pengkomputeran yang biasa. Hirarki Memori Superkomputer direkabentuk dengan amat teliti agar pemproses menerima data dan arahan setiap masa.

Sebenarnya, perbezaan kuasa antara komputer biasa dengan Superkomputer adalah disebabkan rekabentuk hirarki memori dan komponen dalamannya. Sistem IOnya direkabentuk khas untuk menyokong lebar jalur (bandwidth) yang tinggi, dengan isu latensi yang sedikit ini kerana Superkomputer tidak digunakan untuk proses transaksi.

Seperti dengan Sistem Selari lain, Hukum Amdahl juga diaplikasikan, dan rekabentuk Superkomputer berusaha untuk menghapuskan jujukan perisian, dan menggunakan perkakasan untuk meningkatkan kelajuan pada bottleneck yang ada.

Superkomputer Terpantas Hari Ini

Kepantasan sebuah Superkomputer diukur dalam unit FLOPS (Operasi titik terapung sesaat; Floating Point Operations per second), pengukuran ini mengabaikan bebanan komunikasi(communication overheads), dan mengandaikan semua pemproses bagi mesin dibekalkan data, dan bekerja pada kelajuan maksima.

Prestasinya adalah 5 kali berbanding Superkomputer terpantas sebelum ini, iaitu kluster komputer ASCI White, di Lawrence Livermore National Laboratory. Superkomputer kepunyaan Kerajaan Amerika Syarikat ini bertujuan untuk mengganti pengujian Nuklear dengan simulasi.

sumber

Author Description

No Responses to “Apa Itu SUPERCOMPUTER?”

Leave a Reply

Your email address will not be published.