Angry Birds : Star Wars 2 Akan Dilancarkan Pada 19 September

By  |  0 Comments

Angry Birds Star Wars 2

Angry Birds Star Wars telah diperkenalkan sebelum ini, dimana ia menawarkan watak-watak seumpama filem Star Wars dalam permainan Angry Birds. Kini, pihak Rovio dan Lucasfilm sekali lagi mengumumkan kerjasama, dan akan hadir dengan permainan Angry Birds Star Wars 2 pada bulan September kelak.

Dalam permainan baru ini, beberapa watak baru akan hadir, termasuk Anakin waktu muda, Mace Windu dan juga Darth Maul. Menurut Rovio, permainan asal Angry Birds Star Wars telah dimuat-turun lebih 100 juta kali, dan mungkin pencapaian tersebut akan diteruskan melalui permainan terbaru mereka ini.

Seperti biasa, mungkin kita akan dapat melihat ia dilancarkan pada pelbagai platform popular pada tarikh 19 September kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>