Lazada Malaysia

AdwCleaner Memudahkan Anda Membuang Toolbar Dan Malware Dari Komputer

By  |  0 Comments
Lazada Malaysia

Dengan pelbagai perisian percuma yang hadir pada hari ini, salah satu perkara biasa yang disertakan adalah toolbar bersama-sama dengan pemasangan. Walaupun pemasangannya boleh dielakkan, namun kadang-kala pengguna terlepas pandang dan memasangnya pada komputer mereka.

AdwCleaner

Untuk membuangnya, pengguna boleh melakukan ia secara manual dengan pergi ke halaman “Add or Remove Program”. Tetapi bagaimana pula sekiranya terlalu banyak toolbar terpasang pada komputer anda?

Lazada Malaysia

Salah satu perisian yang berguna adalah AdwCleaner. Perisian ringkas ini membolehkan para pengguna untuk membuang setiap toolbar, malware dan sebagainya dengan mudah.

Untuk menggunakannya, para pengguna hanya perlu menjalankan program AdwCleaner, dan kemudiannya membuat carian menggunakannya. Ia secara automatik akan mengenal pasti pelbagai jenis malware dan juga toolbar yang terpasang, dan memberikan pilihan untuk pengguna membuangnya.

Bagi pengguna yang menggunakan Windows, mungkin boleh mencuba AdwCleaner hari ini, dan memastikan komputer anda bebas daripada perisian yang tidak dikehendaki.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>