3 kali keguguran

By  |  0 Comments

SAYA sudah berkahwin hampir 10 tahun dan belum mempunyai anak.

Saya pernah keguguran sebanyak tiga kali dan kali terakhir pada 2005. Selepas itu kitaran haid saya tidak normal. Dalam setahun, boleh dihitung bilangan saya didatangi haid. Adakah ini punca saya sukar untuk hamil?
Saya juga ada mengambil ubat kesuburan. Adakah itu juga boleh menyebabkan kitaran haid saya menjadi tidak normal? Apakah saranan doktor untuk saya mendapat�kan anak?

ROS,

Kepong, Kuala Lumpur

ANDA tidak menyatakan usia anda. Anda juga tidak menjelaskan mengenai keguguran yang dialami, adakah anda sebenarnya hamil pada waktu itu atau mungkin mengalami haid lewat atau tidak teratur. Ini kerana keguguran tiga kali berturut-turut perlu diselidiki kerana terdapat sebahagian punca yang perlu dirawat bagi mengelakkan keguguran berulang.

Apapun, anda masih mengalami masalah untuk hamil kebelakangan enam tahun ini dan tempoh ini sudah mencukupi untuk anda mendapatkan pemeriksaan dan rawatan pakar sakit puan, seelok-eloknya yang mempunyai pengkhususan tambahan dalam bidang kesuburan hingga peringkat tertinggi (IVF).

Kitaran haid yang jarang-jarang boleh berpunca daripada masalah pengeluaran telur (anovulasi atau oligo-ovulasi). Tidak mustahil juga untuk seseorang mempunyai lebih daripada satu penyebab masalah kesuburan.

Ubat subur tidak bertindak untuk semua masalah. Ia membantu membanyakkan telur matang, itupun jika diambil dalam dos yang bersesuaian yang dapat diketahui apabila dipantau hasilnya menggunakan ultrabunyi trans-vaginal.

Secara purata, sehingga 80 peratus wanita dijangka berjaya hamil dalam tiga tahun rawatan kesuburan yang sesuai. Ini bermakna anda perlu bersedia untuk menjalani rawatan kesuburan jenis lain pula.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>